Wednesday, July 21, 2010

Suamiku Lelaki Romantis!

Ramai isteri mendambakan suami yang romantis menjadi pendamping mereka seumur hidup. Suami sebegini membuat diri rasa dihargai dan dicintai sepenuh hati. Ah! bahagianya perasaan begini...

Tak perlu modal yang besar, sekadar kata-kata dan tingkah laku yang berpadanan anda sudah layak digelar lelaki romantis.

Untuk para suami.... anda akan membuatkan isteri berasa bertuah dikurniakan suami yang romantis seperti anda.


PANGGILLAH 'SAYANG"
Elakkan panggilan 'ibu', 'mama' 'maknya' pada isteri selepas berumah tangga dan memiliki anak. Kekalkan panggilan sayang seperti waktu bercinta dahulu.

BERPIMPIN TANGAN
Berjalan berdua sambil berpimpin tangan menandakan bahawa kasih suami masih mekar sama seperti dahulu. Jangan pula si suami jauh di hadapan, tinggal si isteri dibelakang keseorangan.

UNGKAPAN CINTA
'Abang cintakan sayang' ungkaplah sekerap yang boleh. Macam masa-masa bercinta dulu.

BERIKAN KUCUPAN SPONTAN
Walaupun sudah lama berumah tangga, hati wanita tetap sama. Mereka mahukan perhatian dan kasih sayang. Ciuman begini kan menjelmakan perasaan yang hadir sewaktu bercinta dahulu.

PUJIAN DIRINYA
Pujian yang dilafazkan bukan dari mulut pasangan walau setinggi mana pun tidak akan sama dengan pujian dari suaminya. Sesekali pujilah isteri tapi kenalah berpatutan.

HANTAR SMS CINTA
SMS atau e-mel sebegini akan menambahkan lagi rasa sayangnya pada suami dan selalunya tidak akan dipadamkan dari telefon bimbit atau kotak simpanan e-melnya.

BERIKAN HADIAH
Berikanlah hadiah pada tarikh-tarikh tertentu atau bila masa sahaja, walaupun sekadar sehelai selendang. Hadiah ini bakal membuatkan hati isteri berbunga dan gembira dirinya dihargai.

PANGGILAN TELEFON
Panggilan telefon tanpa dijangka dan ungkapan bertanya keadaan isteri akan membuatkan isteri rasa dihargai dan diingati.

KEJUTAN
Setelah berumah tangga tak mungkin ada lelaki lain yang mahu buat kejutan untuk dirinya. Maka wajarlah sang suami melakukannya untuk isteri tersayang. kejutan seperti ajakan menginap di hotel, menonton wayang bersama akan menyemarakkan kasih sayang isteri terhadap suami.


Gambar : Credit - Sekadar Hiasan




share on:facebook

0 comments:

Post a Comment