Wednesday, July 28, 2010

Isabella - Kisah Cinta Dua Dunia

Dia Isabella...
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana...
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama...
Daun daun kekeringan ...

Kegemilangan kisah cinta ini diulangi kembali menerusi drama bersiri Melayu, Isabella di bawah arahan Amie Maziah. Menggabungkan dua pelakon hebat tanah air, Rosyam Nor dan Vanidah Imran. Plot-plot menyayat hati yang digarapkan pastinya akan meruntum jiwa dan menggamit memori lalu.

Watak Isabella yang dibawa oleh Vanidah Imran, merupakan seorang gadis yang manja, romantik, setia pada cinta tetapi sedikit keras kepala. Tragedi yang menimpa percintaannya melumpuhkan semangat Isabella. Tetapi sejak berkenalan Nazman, Isabella kembali bertemu sinar kehidupan. Nazman, lakonan Rosyam Nor adalah seorang lelaki yang mengalami trauma akibat kehilangan isterinya yang sarat mengandung dalam satu kemalangan jalan raya. Nazman menjadi tempat Isabella berkongsi kepahitan dan di sinilah berputiknya bunga cinta.

Perbezaan darjat, cinta dua budaya, konflik keluarga dan kemelut percintaan merupakan babak-babak yang menghiasi jalan cerita drama bersiri Isabella ini. Mampukah mereka meneruskan tugu cinta yang baru dibina? Ataupun mungkin perhubungan mereka menjadi permulaan kisah tragis?

Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti perjalanan cinta Isabella yang penuh ranjau dan duri. Saksikan drama bersiri Isabella, setiap Selasa, jam 9.30 malam. eksklusif di Astro Prima (Saluran 105)

Gambar : Credit
Tags : Sinopsis Drama Isabella - Vanidah dan Rosyam Nor


share on:facebook

0 comments:

Post a Comment