Thursday, July 29, 2010

Detik Yang Mencemaskan

Semalam ... tengahari dalam pukul 12.00 lebih, sedang sibuk-sibuk di dapur. Si kecil perempuan asyik menonton kartun kegemarannya. Sambil menonton dia menconteng-conteng di buku yang memang untuk dia menconteng. Sambil mulutnya bising menulis, mewarna dan memadam tapi matanya sesekali memandang televisyen melihat aksi kartun.

Sedang asyik di dapur, terdengar dia asyik 'berdengus' dan menghembus di ikuti dengan tangisan kecil. Tapi tidak pula dia memanggil-manggil saya. Saya jengah bertanya.. dia amsih lagi menghembus hidungnya sambil memicit-micit. Saya hampiri , saya fikir dia nak dapat selesema. Tapi dia merenggek lain benar bunyinya. Tetiba saya terpandang pemadam yang panjang di sebelahnya, telah hilang di bahagian hujungnya. Hati saya berdetik.

Adik!! adik masukkan ni ( sambil menunjukkan pemadam itu kepadanya) dalam hidung ke? Dengan pantas saya melihat ke dalam lubang hidungnya, tapi tak berapa jelas. Tapi saya yakin sebahagian pemadam itu ada di dalam lubang hidungnya. Saya tekan sedikit hidung dia, sebelah kiri, lembut.. tekan sebelah kanan, terasa keras dan benda itu telah berada di tengah-tengah. Dan pemadam itu betul-betul sebesar lubang hidung, jadi susah nak di tarik keluar. Agaknya kalau kecil mesti sudah termasuk jauh di dalam. Saya suruh dia menghembus, tapi dia menyedut. Saya mula panik.. Dia mula menangis ..

Tanpa berlengah saya terus bersiap ambil apa yang patut untuk membawa dia ke klinik yang berdekatan. Itu sahaja ikhtiar yang terakhir..

SEmakin di suruh menghembus, dia tetapi menyedut .. Dan secara tetiba dia terbersin dengan kuat... Dan syukur hujung pemadam itu terkeluar dengan sendirinya... Dan denagn selambanya dia boleh ketawa, mungkin dia terasa lucu bila hujung pemadam itu terkeluar dari hidungnya.

Mulalah saya cakap kat dia. Jangan buat macam itu lagi. Sebelum ini, dia tidak pernah melakukan kerja-kerja macam itu.. Itu yang saya risau ...

* Dalam bulatan : Hujung pemadam warna purple itu lah yang ada di dalam lubang hidung.
* Dalam Kotak : Pemadam itulah yang di masukkan kedalam lubang hidung, dan kemungkinan patah di dalam ketika dia menarik keluar.

Apa sepatutnya hendak dibuat agaknya bila terjadi macam ini di lain kali.


share on:facebook

0 comments:

Post a Comment