Wednesday, July 14, 2010

Petua Dapur 2


PETUA JAGUNG TERSIMPAN LAMA
Jagung yang telah lama tersimpan, tentunya akan menjadi kering. Apabila direbus, rasa manisnya akan hilang bahkan kadang-kadang timbul pula rasa pahit. Tetapi kalau hendak dibuang, sayang pula. Cuba campurkan garam, gula (biar lebih sedikit) dan mentega ke dalam air rebusan jagung. Setelah mendidih, barulah dimasukkan jagung. Rebus sehingga masak. Matikan mati dan biarkan jagung terendam dalam air rebusan tadi hingga suam, dan toskan airnya.


PETUA ENAKKAN GULAI LEMAK CILI PADI
Untuk mendapatkan aroma gulai lemak cili padi ialah dengan menjemur daun kunyit terlebih dahulu. Jemur hingga daun kunyit agak kering, barulah dimasukkan ke dalam gulai tersebut. Enaknya aroma gulai lemak cili padi.



PETUA MELEMBUTKAN SOTONG KERING
Rendamkan sotong tersebut ke dalam air yang telah dicampurkan dengan soda bikarbonat. Kemudian keluarkan dari rendaman, dan dibersihkan. Potong nipis-nipis dan boleh di masak.



PETUA HILANGKAN GETAH NANGKA PADA PISAU
Paskan pisau tersebut di atas api sehinggalah getah tersebut menjadi panas dan cair. Kemudian kesat getah-getah tersebut dengan suratkhabar lama. Cuci pisau tersebu setelah getah hilang.



PETUA MENYIMPAN MAKANAN BAYI
  • Jangan simpan makanan bayi di dalam peti sejuk ketika masih panas. Sebaiknya sejukkan atau biarkan suam dahulu.
  • Masukkan kedalam bekas bertutup. Jika banyak, masukkan kedalam bekas yang berasingan.
  • Simpan terus ditempat beku.
  • Setengah jam sebelum masa bayi makan, keluarkan makanan tersebut dari peti sejuk. Panaskan. Makanan ini hendaklah dihabiskan. Tidak boleh disimpan semula.
  • Makanan bayi yang disimpan di tempat beku, boleh tahan sehingga dua hari tetapi mestilah dalam bekas yang berasingan. Dan keluarkan mana yang perlu sahaja.

share on:facebook

0 comments:

Post a Comment