Lazimnya, jika suami isteri bertengkar mereka mahu berdamai. Seboleh mungkin mereka mahukan perselisihan faham itu berakhir dengan cepat melalui jalan terbaik. Namun apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu hanya bersifat sementara dan luahan hati tidaklah sepenuhnya. Akibatnya esok lusa bergaduh lagi. Selain teknik berdamai yang tidak betul, banyak faktor lain yang menjadi punca kembali bertengkar.
1- JANGAN MERAJUK
Merajuk tidak berguna sama sekali untuk menyelesaikan masalah malah perbuatan itu boleh memburukan keadaan.
2- JANGAN MENGHUKUM
Pertelingkahan dan konflik di antara suami isteri meninggalkan kesan negatif kepada emosi kedua pihak. Masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana ingin memuaskan hati sendiri.
3- JANGAN BERBOHONG
Jangan berbohong pada diri sendiri. Jangan pura-pura jual mahal atau tidak sudi jika pasangan ingin berdamai.
4- JANGAN MENCARI SALAH
Jangan mencari kesalahan pasangan, mencari kelemahan dan kekurangan pasangan.
5- HENTIKAN BAHASA NEGATIF
Bahasa negatif ketika bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Hentikan perbuatan itu jika ingin berdamai. Gunakan bahasa yang lebih positif seperti bahasa penghargaan, sanjungan dan pujian.
6- BERCAKAPLAH TENTANG HARI INI DAN ESOK
Setelah berdamai janganlah mengungkit perkara yang sudah lepas. Mulalah bercerita tentang hari ini dan masa akan datang.
7- SENYUM SEMULA
Senyuman adalah kaedah yang mujarab berdamai semula. Biarpun sukar, tapi kena cuba.
8- MULAKAN BERDAMAI
Kalau benar anda ingin berdamai mulakan langkah tanpa memikirkan risikonya. Sekurang-kurangnya anda telah mencuba dan diri anda tidak boleh dipersalahkan atas alasan kurang usaha.
9- KENAL PASTI MASALAH
Selagi masalah tidak dikenalpasti dengan tepat, selagi itu konflik yang sama akan timbul berulang kali.
10- KENAL PASTI PERUBAHAN
Jelaskan dengan tepat apakah perubahan yang anda mahukan agar proses berdamai dapat dilakukan.
Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik tidak perlu dipelajari. Namun untuk menjalani kehidupan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana teknik yang betul.
share on:facebook
Wednesday, July 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment