Monday, July 19, 2010

Jemput-jemput Nasi



Sebelum nak tidur selalu terfikir apalah nak buat sarapan esok. Bangun pagi pun macam tu, nak buat sarapan apa ni. Macam inilah agaknya kaum ibu... Mak kita pun dulu macam ini lah juga agaknya.

Tengok-tengok apa yang boleh di buat sarapan. Hari-hari makan roti bakar pun x seronok juga. Jengah periuk nasi, ada baki nasi malam tadi dan masih elok lagi. Nak di goreng, alang-alang cuma dapat sepiring. Nak dibuang sayang pula.

Ermmm ... buat jemput-jemput nasi saja lah... Jemput-jemput nasi ni lembut walaupun sudah sejuk. Anak-anak pun senang makan sebab dia tidak liat atau keras. Jemput-jemput nasi ini pun bukan sahaja boleh di buat sarapan , tapi boleh juga buat minum petang.

Resepi Jemput-Jemput Nasi

Bahan-bahan :
1 mangkuk nasi
sedikit air
tepung gandum
ikan bilis
bawang kecil
lobak
daun bawang

Semua bahan di kisar kecuali tepung gandum, lobak dan daun bawang, Lobak di potong kecil-kecil. Daun bawang dihiris kecil.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bahan yang dikisar tadi. Jadikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu keras.

Campurkan potongan lobak dan dan hirisan daun bawang tadi. Boleh juga tambah apa-apa yang anda suka.

Kemudian bolehlah di goreng. Boleh di cicah sos.


share on:facebook

0 comments:

Post a Comment