Thursday, July 29, 2010

Keselamatan Remaja Dan Kanak-kanak Sekolah


Keselamatan Remaja Dan Kanak-kanak Sekolah
SEMPENA BULAN PENCEGAHAN JENAYAH

Remaja berada di dalam lingkungan umur yang paling mudah diancam jenayah. Dengan mengamalkan beberapa tips asas mencegah jenayah, anda boleh membantu diri dan rakan-rakan daripada menjadi mangsa jenayah.

Anda boleh mempelajari cara-cara pencegahan jenayah di rumah, kawasan kejiranan atau sekolah/kolej.

"Gunakan akal fikiran & bertindak secara bijak"

Sentiasa berjaga-jaga, dimana jua
  • Perhatikan persekitaran anda di sekolah, kompleks membeli-belah, jalan raya, perhentian bas, stesen pengangkutan atau apabila memandu.
  • Jangan menerima ajakan menumpang kenderaan atau hadiah/minuman daripada kenalan baru - terutama orang yang anda temui di dalam internet.
Semasa di luar rumah
  • Elakkan daripada membawa jumlah wang yang banyak atau menayangkan barangan berharga seperti telefon bimbit, barang kemas dan lain-lain.
  • Bawa beg galas atau beg tangan anda rapat pada tubuh. Letakkan dompet di dalam poket hadapan seluar, dan bukan di dalam beg galas.
Apabila menaiki bas, keretapi atau teksi
  • Gunakan perhentian yang terang dan sibuk. Sekiranya anda perlu turun di perhentian yang sunyi, minta kawan atau orang dewasa menunggu anda.
  • Perhatikan siapa yang turun bersama anda di perhentian. Sekiranya berasa ragu-ragu, segera ke tempat yang mempunyai orang lain.
Sekiranya anda dirompak
  • Serahkan harta - jangan serahkan nyawa anda. Campakkan beg tangan atau dompet anda dan lari ke arah yang bertentangan.
  • Laporkan kejadian kepada polis. Cuba terangkan setepat mungkin rupa paras penyerang itu. Tindakan anda dapat membantu orang lain.
Buli
  • Jangan pertahankan diri apabila berhadapan dengan pembuli yang bersenjata. Tinggalkan tempat itu secepat mungkin dan jerit untuk pertolongan, jika dihalang.
Gangguan Seksual
  • Laporkan kepada ibu bapa, penjaga, guru, kawan atau orang dewasa yang anda percaya apabila berlaku gangguan seksual.
Keganasan Geng
  • Lazimnya melibatkan perbuatan membuli, vandalisme, mencuri dan penyalahangunaan dadah di kawasan sekolah dan juga komuniti.
LANGKAH PENCEGAHAN
  • Minta ibu bapa atau orang dewasa menemani anda berulang-alik kesekolah sekiranya berlaku kes-kes yang seumpama di persekitaran sekolah.
  • Kongsi maklumat dengan ibu bapa mengenai peristiwa yang berlaku di sekolah.
Peringatan Kepada Ibu Bapa :
"Adalah menjadi tanggungjawab semua ibu bapa untuk melindungi anak-anak anda daripada menjadi mangsa jenayah"
  • Beritahu anak-anak supaya tidak menerima sebarang pemberian daripada kenalan baru, lebih-lebih lagi orang yang tidak dikenali.
  • Dorong anak-anak anda supaya menggunakan akal fikiran dan bertindak secara bijak.

-- PREVENT CRIME -- National Crime Prevention Month Campaign
WE CHOOSE..... A CRIME FREE LIFESTYLE
KAMI PILIH ... GAYA HIDUP BEBAS JENAYAH!



share on:facebook

0 comments:

Post a Comment