Begitu juga dalam kecantikan, sinaran matahari membantu memberi kesan keperang-perangan pada kulit. Warna sedemikian cukup diinginkan terutama masyarakat barat yang menganggap ia sebagai simbol kecantikan dan kesihatan. Sebab itulah, mereka tidak kisah berjemur di bawah sinaran matahari berbanding masyarakat Asia yang sememangnya sudah memiliki warna kulit yang kecoklatan.
Namun, disebalik kebaikan itu, terdapat juga kesan lain yang agak membahayakan. Antaranya adalah kesan kulit terbakar atau disebut juga Erythema. Alergi atau Photodermatosis juga boleh terjadi terutama bagi mereka yang memiliki kulit jenis sensitif sehingga menampakkan kesan kemerahan dan gatal pada kulit apabila terkena sinaran matahari dalam tempoh yang lama.
Selain itu, pendedahan terlalu lama pada sinaran matahari boleh menjadi penyebab utama penuaan kulit, kulit kusam serta kanser kulit.
Bagi mengelakkan perkara ini dari berlaku, sebaiknya jangan tinggalkan rumah tanpa menggunakan krim pelindung cahaya matahari atau 'sunblock'. Semakin tinggi kadar SPF dalam krim tersebut bermakna perlindungan terhadap cahaya matahari juga makin tebal.
share on:facebook
0 comments:
Post a Comment