Daging ayam kampung memang enak tetapi kadangkala dagingnya yang agak keras membuatkan malas hendak memasaknya. Untuk melembutkan daging ayam kampung itu, perapkan daging ayam tersebut bersama nenas yang telah dikisar selama 5 hingga 10 minit. Jangan terlalu lama perap kerana boleh menyebabkan daging ayam tersebut menjadi hancur.
Rendamkan mi kuning di dalam air suam yang telah dicampurkan dengan satu sudu gula selama lima minit dan tos. Cara ini menjadikan hidangan mi akan lebih lebih enak.
PETUA BERSIHKAN SIPUT SEDUT
Bagi memudahkan siput sedut dibersihkan, gaulkan siput sedut yang masih hidup dengan hampas kelapa . Biarkan selama semalaman. Esoknya sebelum dimasak dipotong bahagian hujung siput sedut. Bau lumpur akan hilang.
PETUA KUAH LAKSA TIDAK MUDAH BASI
Bagi mengelakkan kuah laksa lemak daripada cepat basi, masukkan sebatang cili merah kedalamkuah laksa selepas memasaknya. Kuah laksa akan bertahan lama hingga keesokkan hari.
PETUA KULIT TELUR MUDAH DIKUPAS
Bagi memastikan telur tidak rosak ketika dikupas, sewaktu direbus masukkan sedikit garam krtika air rebusan sedang mendidih. Tutup rapat. Setelah masak, angkat dan alirkan air paip ke dalam bekas rebusan telur. Apabila sejuk, kupas telur seperti biasa.
PETUA CILI JERUK TAHAN LAMA
Bagi mendapatkan cili jeruk yang tahan lama, cili hendaklah dicelur seketika. Sementara itu, msukkan cuka dan garam sedikit ke dalam air dan biarkan sehingga mendidih. Tunggu hingga sejuk dan kemudian barulah dimasukkan cili yang telah dicelur tadi.
share on:facebook
0 comments:
Post a Comment