Wednesday, July 7, 2010

Dilema Seks Pasangan Berusia

Seks dan hubungan suami isteri ibarat lautan dan air yang tidak dapat dipisahkan. Hakikatnya hubungan kelamin adalah kunci yang menghangat atau mendinginkan sesuatu ikatan rumah tangga. Meskipun sudah berusia ....

CINTA PASANGAN BERUSIA EMAS

Luangkan masa untuk berdua khususnya di hujung minggu dengan keluar makan atau menonton wayang. Jangan lupa berpegang tangan sambil berjalan beriringan.

Jangan sering meninggalkan suami keseorangan di rumah sehingga berminggu-minggu. Suami akan merasa dirinya tidak penting dan disisihkan.

Apabila anda mencintai seseorang, anda mencintai secara keseluruhannya. Fikirkan kebahagiaan orang itu, bukan kebahagiaan anda sahaja.

Tentu sekali seks itu penting. Ramai terfikir apabila sudah tua, anda tidak mengadakan hubungan seks. Atau adalah tidak manis bagi orang tua mengadakan hubungan seks. Sebenarnya rasa cinta, seks dan bercumbu adalah sebahagian daripada satu hubungan.

Oleh itu kerana berumur, anda harus kreatif mencipta suasana agar hubungan kekal romantis.

Anda perlukan otak untuk membantu anda dengan perasaan ghairah anda itu. Hasilnya timbullah perasaan mengadakan hubungan seks dan bercumbuan.

Sebelum ini, pasangan anda mungkin cantik, muda, seksi, gagah atau kacak. Kini mungkin juga bentuknya banyak berubah. Namun anda harus menganggap imej mereka kini masih seperti dulu.

Hubungan bukan bergantung pada seks semata-semata. Seks mesti dilakukan atas dasar cinta dan bukan kerana seks semata-mata.

Anda juga mesti memberi lebih kepada pasangan anda. Mungkin keseronokan sebanyak 45 peratus bagi diri anda dan 55 peratus buat dirinya.

Bagi individu yang mempunyai pasangan jauh lebih tua dan tidak berdaya seks, anda dinasihatkan janganlah terlalu memikirkan tentang diri sendiri.



share on:facebook

0 comments:

Post a Comment