SEKS PASANGAN SEBAYA DAN MUDA
Tidak menghairankan, pasangan kedua-duanya bekerja dan mempunyai anak lebih cenderung kearah keinginan seks yang rendah. Rancang dan luangkan masa melayan suami. Pastinya segalanya dalam keadaan bersedia.
Bagi wanita, jangan takut untuk memulakan langkah. Mungkin itu satu kelainan.
Selesaikan masalah sebelum anda tidur. Memendam rasa marah boleh membuatkan nafsu sekes menurun.
Berkomunikasi . Cuba gunakan ungkapan-ungkapan yang sedap di dengar.
Satu lagi cara untuk memadamkan api kemarahan ialah dngan menuliskannya dan kemudian memikirkan cara untuk menyampaikan mesej itu dalam cara yang lebih berkesan.
Wujudkan kemesraan dengan menetapkan satu malam untuk berdua-duaan tanpa kehadiran anak-anak atau gangguan.
Sebaiknya jangan letakkan peti televisyen dalam bilik tidur kerana menonton boleh membuatkan hasrat untuk mengadakan hubungan seks tergendala.
Ubah rutin hubungan seks dengan mencuba sesuatu teknik atau menu baru dengan pasangan anda bagi mengelak rasa jemu.
Usah bebankan isteri dengan melakukan perbagai kerja rumah sebaliknya bantulah dia. Jadi tidak timbul soal penat di pihak isteri sebagai alasan menolak untuk melayan anda.
satu cara untuk berada rapat secara fizikal apabila keinginan menurun ialah dengan memberi tumpuan kepada teknik sentuhan dalam cara yang penuh perasan kasih sayang.
share on:facebook
Wednesday, July 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment