Wednesday, July 21, 2010

Sebab Perlu Berhenti Merokok

Ramai berkata mengatasi ketagihan rokok jauh lebih payah dari berhenti menagih dadah. Perkara ini diakui oleh pakar perubatan dan bekas penagih. Walaupun tahu merokok membahayakan kesihatan seperti menyebabkan kanser paru-paru dan mulut dan penyakit sekatan Pulmonari kronik (COPD) namun ramai yang tidak mampu melawan pengaruh nikotin ke atas otak.

Masih ada masa untuk anda berhenti merokok. Masih ada masa untuk anda melakukan perubahan positif yang memberi manfaat kepada semua orang terutama diri sendiri dan orang tersayang.














1- ALZHEIMER

Merokok menyebabkan fungsi otak merosot lima kali ganda lebih cepat terutama bagi perokok berumur. Merokok memberi kesan kerosakan berpanjangan terhadap salur darah menyebabkan darah boleh membeku yang meningkatkan risiko serangan strok dan kemerosotan daya ingatan.

2- COPD dan KANSER PARU-PARU
Merokok adalah punca utama penyakit ini.

3- KANSER MULUT

4- LUPUS
Sistemik Lupus Eritematosus atau lupus adalah penyakit auto imun di mana sistem imun tersilap tafsir dan menganggap badan sendiri sebagai bahan asing yang perlu dihapuskan. Ini adalah penyakit auto imun yang kronik dan boleh mengakibatkan keradangan, kesakitan dan kerosakan tisu badan. Asap rokok mengandungi lebih 4,000 jenis racun yang boleh menukar mana-mana fungsi badan termasuklah sistem imun.

5- RISIKO MATI PUCUK
Secara keseluruhan 15% perokok mengalami masalah ereksi berbanding 12% lelaki tidak merokok.

6- BAYI MENGALAMI MASALAH SAKIT PERUT
Pendedahan kepada asap rokok boleh meningkatkan risiko masalah kolik atau sakit perut. Asap rokok boleh menaikkan paras hormon dalam darah dan usus yang dipanggil motilin. Hormon ini akan membuat pengecutan otot perut dan usus menjadi laju - yang secara tidak langsung mempercepatkan pergerakan makanan. Inilah sebabnya bayi mengalami sakit perut dan berasa tidak selesa.

7- HILANG PENGLIHATAN
Ia berlaku terutama kepada perokok berumur. Perokok mempunyai risiko empat kali lebih tinggi untuk menjadi buta disebabkan kemerosotan makular akibat penuaan.

8- ARTRITIS REUMATOID
Individu yang mempunyai genetik lemah akan lebih mudah mendapat artritis reumatoid jika mereka merokok. Kajian penyelidik mendapati risikonya ialah 16 kali lebih tinggi berbanding individu tidak merokok.

9- BERDENGKUR

10- PEROKOK SEKUNDER
Orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok juga mendapat tempiasnya.


Info : MW
Gambar : Credit


share on:facebook

0 comments:

Post a Comment