Thursday, July 29, 2010

Keselamatan Remaja Dan Kanak-kanak Sekolah


Keselamatan Remaja Dan Kanak-kanak Sekolah
SEMPENA BULAN PENCEGAHAN JENAYAH

Remaja berada di dalam lingkungan umur yang paling mudah diancam jenayah. Dengan mengamalkan beberapa tips asas mencegah jenayah, anda boleh membantu diri dan rakan-rakan daripada menjadi mangsa jenayah.

Anda boleh mempelajari cara-cara pencegahan jenayah di rumah, kawasan kejiranan atau sekolah/kolej.

"Gunakan akal fikiran & bertindak secara bijak"

Sentiasa berjaga-jaga, dimana jua
  • Perhatikan persekitaran anda di sekolah, kompleks membeli-belah, jalan raya, perhentian bas, stesen pengangkutan atau apabila memandu.
  • Jangan menerima ajakan menumpang kenderaan atau hadiah/minuman daripada kenalan baru - terutama orang yang anda temui di dalam internet.
Semasa di luar rumah
  • Elakkan daripada membawa jumlah wang yang banyak atau menayangkan barangan berharga seperti telefon bimbit, barang kemas dan lain-lain.
  • Bawa beg galas atau beg tangan anda rapat pada tubuh. Letakkan dompet di dalam poket hadapan seluar, dan bukan di dalam beg galas.
Apabila menaiki bas, keretapi atau teksi
  • Gunakan perhentian yang terang dan sibuk. Sekiranya anda perlu turun di perhentian yang sunyi, minta kawan atau orang dewasa menunggu anda.
  • Perhatikan siapa yang turun bersama anda di perhentian. Sekiranya berasa ragu-ragu, segera ke tempat yang mempunyai orang lain.
Sekiranya anda dirompak
  • Serahkan harta - jangan serahkan nyawa anda. Campakkan beg tangan atau dompet anda dan lari ke arah yang bertentangan.
  • Laporkan kejadian kepada polis. Cuba terangkan setepat mungkin rupa paras penyerang itu. Tindakan anda dapat membantu orang lain.
Buli
  • Jangan pertahankan diri apabila berhadapan dengan pembuli yang bersenjata. Tinggalkan tempat itu secepat mungkin dan jerit untuk pertolongan, jika dihalang.
Gangguan Seksual
  • Laporkan kepada ibu bapa, penjaga, guru, kawan atau orang dewasa yang anda percaya apabila berlaku gangguan seksual.
Keganasan Geng
  • Lazimnya melibatkan perbuatan membuli, vandalisme, mencuri dan penyalahangunaan dadah di kawasan sekolah dan juga komuniti.
LANGKAH PENCEGAHAN
  • Minta ibu bapa atau orang dewasa menemani anda berulang-alik kesekolah sekiranya berlaku kes-kes yang seumpama di persekitaran sekolah.
  • Kongsi maklumat dengan ibu bapa mengenai peristiwa yang berlaku di sekolah.
Peringatan Kepada Ibu Bapa :
"Adalah menjadi tanggungjawab semua ibu bapa untuk melindungi anak-anak anda daripada menjadi mangsa jenayah"
  • Beritahu anak-anak supaya tidak menerima sebarang pemberian daripada kenalan baru, lebih-lebih lagi orang yang tidak dikenali.
  • Dorong anak-anak anda supaya menggunakan akal fikiran dan bertindak secara bijak.

-- PREVENT CRIME -- National Crime Prevention Month Campaign
WE CHOOSE..... A CRIME FREE LIFESTYLE
KAMI PILIH ... GAYA HIDUP BEBAS JENAYAH!



share on:facebook

Detik Yang Mencemaskan

Semalam ... tengahari dalam pukul 12.00 lebih, sedang sibuk-sibuk di dapur. Si kecil perempuan asyik menonton kartun kegemarannya. Sambil menonton dia menconteng-conteng di buku yang memang untuk dia menconteng. Sambil mulutnya bising menulis, mewarna dan memadam tapi matanya sesekali memandang televisyen melihat aksi kartun.

Sedang asyik di dapur, terdengar dia asyik 'berdengus' dan menghembus di ikuti dengan tangisan kecil. Tapi tidak pula dia memanggil-manggil saya. Saya jengah bertanya.. dia amsih lagi menghembus hidungnya sambil memicit-micit. Saya hampiri , saya fikir dia nak dapat selesema. Tapi dia merenggek lain benar bunyinya. Tetiba saya terpandang pemadam yang panjang di sebelahnya, telah hilang di bahagian hujungnya. Hati saya berdetik.

Adik!! adik masukkan ni ( sambil menunjukkan pemadam itu kepadanya) dalam hidung ke? Dengan pantas saya melihat ke dalam lubang hidungnya, tapi tak berapa jelas. Tapi saya yakin sebahagian pemadam itu ada di dalam lubang hidungnya. Saya tekan sedikit hidung dia, sebelah kiri, lembut.. tekan sebelah kanan, terasa keras dan benda itu telah berada di tengah-tengah. Dan pemadam itu betul-betul sebesar lubang hidung, jadi susah nak di tarik keluar. Agaknya kalau kecil mesti sudah termasuk jauh di dalam. Saya suruh dia menghembus, tapi dia menyedut. Saya mula panik.. Dia mula menangis ..

Tanpa berlengah saya terus bersiap ambil apa yang patut untuk membawa dia ke klinik yang berdekatan. Itu sahaja ikhtiar yang terakhir..

SEmakin di suruh menghembus, dia tetapi menyedut .. Dan secara tetiba dia terbersin dengan kuat... Dan syukur hujung pemadam itu terkeluar dengan sendirinya... Dan denagn selambanya dia boleh ketawa, mungkin dia terasa lucu bila hujung pemadam itu terkeluar dari hidungnya.

Mulalah saya cakap kat dia. Jangan buat macam itu lagi. Sebelum ini, dia tidak pernah melakukan kerja-kerja macam itu.. Itu yang saya risau ...

* Dalam bulatan : Hujung pemadam warna purple itu lah yang ada di dalam lubang hidung.
* Dalam Kotak : Pemadam itulah yang di masukkan kedalam lubang hidung, dan kemungkinan patah di dalam ketika dia menarik keluar.

Apa sepatutnya hendak dibuat agaknya bila terjadi macam ini di lain kali.


share on:facebook

Wednesday, July 28, 2010

My first rolled fondant

Terasa ingin sangat mencuba buat rolled fondant. Apa lagi .. google lah kat internet mencari-cari resepi rolled fondant. Dapat juga kumpul 2 ke 3 resepi yang rasanya okay. Mulalah gi mencari barang-barang yang diperlukan. Adui terpaksa naik 2 ke 3 buah shopping kompleks, masuk bakery shop barulah dapat kumpul semua bahan-bahan yang diperlukan.

Pagi-pagi lagi (excited ni) lepas nak-anak dah gi sekolah, dah siap kemas dan sambil-sambil basuh baju ni, mula lah kerja mengadun my 1st rolled fondant. Satu persatu langkah dituruti. Dalam hati macammana agaknya yer, jadi ke tak ni. . Langkah diteruskan. Wah!! dah nampak bayang-bayang akan berhasil. Dan akhirnya aku berjaya. Pada aku lah berjaya my rolled fondant. hehehehe.

Mulalah rolled.. boleh roll lah.. cut out pun boleh... kira jadilah my 1st rolled fondant. hahaha, jangan gelak tau !!


ini lah hasilnya ...
** buttercream tu comot n nipis sbb x cukup, icing sugar abis buat rolled fondant. hihihihi

rolled fondant pertamaku
rolled fondant recipe
rolled fondant flower
bunga dari rolled fondant


share on:facebook

Isabella - Kisah Cinta Dua Dunia

Dia Isabella...
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana...
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama...
Daun daun kekeringan ...

Kegemilangan kisah cinta ini diulangi kembali menerusi drama bersiri Melayu, Isabella di bawah arahan Amie Maziah. Menggabungkan dua pelakon hebat tanah air, Rosyam Nor dan Vanidah Imran. Plot-plot menyayat hati yang digarapkan pastinya akan meruntum jiwa dan menggamit memori lalu.

Watak Isabella yang dibawa oleh Vanidah Imran, merupakan seorang gadis yang manja, romantik, setia pada cinta tetapi sedikit keras kepala. Tragedi yang menimpa percintaannya melumpuhkan semangat Isabella. Tetapi sejak berkenalan Nazman, Isabella kembali bertemu sinar kehidupan. Nazman, lakonan Rosyam Nor adalah seorang lelaki yang mengalami trauma akibat kehilangan isterinya yang sarat mengandung dalam satu kemalangan jalan raya. Nazman menjadi tempat Isabella berkongsi kepahitan dan di sinilah berputiknya bunga cinta.

Perbezaan darjat, cinta dua budaya, konflik keluarga dan kemelut percintaan merupakan babak-babak yang menghiasi jalan cerita drama bersiri Isabella ini. Mampukah mereka meneruskan tugu cinta yang baru dibina? Ataupun mungkin perhubungan mereka menjadi permulaan kisah tragis?

Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti perjalanan cinta Isabella yang penuh ranjau dan duri. Saksikan drama bersiri Isabella, setiap Selasa, jam 9.30 malam. eksklusif di Astro Prima (Saluran 105)

Gambar : Credit
Tags : Sinopsis Drama Isabella - Vanidah dan Rosyam Nor


share on:facebook

Saturday, July 24, 2010

Membawa Diri Di Majlis Koktel

APA ITU MAJLIS KOKTEL

Berbeza dengan majlis keraian umum, majlis koktel adalah berbeza konsepnya. Ia sering dirujuk sebagai majlis makan 'berdiri' di mana tidak ada kerusi disediakan untuk tetamu duduk-duduk. Dalam keadaan seperti itu tetamu bebas bergerak, berkenalan dan berbual-bual sesama sendiri sambil makanan berupa snek dan jus dibawa kepada kita oleh pelayan majlis.

Konsep majlis seperti ini lazimnya diberikan untuk acara-acara sosial dan bisnes serta diadakan pada waktu menjelang senja dan berlarutan sampai ke malam. Terdapat beberapa bentuk majlis koktel iaitu, cocktail, cocktail party, cocktail buffet dan cocktail reception yang dibezakan mengikut tema, jumlah makanan yang dihidang serta kod pakaian.

Bagi acara koktel serta parti, tetamu akan berdiri sepanjang majlis manakala kod pakaian boleh yang sesuai untuk bisnes sampailah ke kasual. Manakala untuk cocktail buffet meja kecil dan kerusi disediakan untuk tetamu untuk digunakan selepas mengambil makanan di stesen sajian bufet. Kod pakaian lazimnya adalah formal atau pakaian bisnes dan majlis seperti ini boleh berlangsung dua ke tiga jam.

Cocktail reception, ialah acara yang paling formal. Kod pakaian bagi wanita ialah yang betul-betul bergaya manakala tetamu lelaki mengenakan tali leher hitam. Majlis seumpama ini biasanya dilangsungkan untuk meraikan tetamu utama atau majlis-majlis perasmian lukisan, persembahan seni atau perasmian filem. Makanan yang dihidangkan memang banyak dan boleh dianggap makan malam.

SEBAGAI TETAMU DI MAJLIS KOKTEL
Jika anda diundang ke majlis-majlis koktel pastikan anda mempunyai persediaan yang sesuai untuk menyesuaikan diri sepanjang majlis berlangsung. Beberapa tips di bawah adalah berguna untuk diambil perhatian.

1- Buat serba sedikit penyelidikan mengenai senarai tetamu yang akan hadir. Perbualan kecil akan memudahkan diri anda.

2- Tidak kira sama ada anda termasuk dalam rangkaian bisnes atau sosial, pastikan apa matlamat anda menghadiri majlis seperti itu.

3- Hulurkan tangan anda kepada tetamu walaupun anda kurang pasti siapa gerangan orangnya. Sentiasa memandang terus ke mata orang yang nada sedang berbual, serta semasa memperkenalkan diri.

4- Berlegarlah ke setiap sudut sebelum anda menuju ke stesen makanan. Jangan ternampak bahawa anda terlalu memikirkan tentang makanan dan minuman yang disajikan.

5- Jangan sekali-kali mabuk di majlis seperti ini.

6- Pastikan piring makanan atau gelas minuman sentiasa berada di tangan kiri supaya tangan kanan anda bebas untuk bersalam, baik semasa berjumpa ataupun sewaktu tetamu mahu mengucapkan selamat tinggal.

7- Jauhi perbualan yang ada kena mengena dengan soal politik dan seks.

8- Sekiranya anda menghadiri parti di rumah persendirian, pastikan bahawa anda menghormati petugas-petugas di kediaman itu. Jangan sekali-kali anda membuat permintaan yang peribadi atau istimewa kepada mereka.


TATACARA MENGAMBIL MAKANAN DI MAJLIS KOKTEL
1- Apa-apa hidangan yang dihulur dari dulang mesti diambil dengan napkin serta dimasukakn ke dalam mulut atau ke dalam pinggan koktel.

2- Sekiranya yang dihulurkan ialah telur ikan asin (caviar), ambil sebanyak satu sudu teh dan masukkan ke dalam pinggan. Bagi makanan iringannya seperti hirisan lemon dan cebisan roti ambil dengan sudu hidangan. Gunakan tangan untuk menyuapkannya ke dalam mulut.

3- Sayur mentah perlu diambil dengan tangan dan dicelup sekali sahaja ke dalam sos. Mencelup kali kedua selepas menggigit makanan itu kali pertama perlu dihindari.

4- Kepingan kecil sandwich juga dimakan dengan tangan.

Walaupun budaya kita tidak begitu menggalakkan acara ucap selamat iaitu dengan mengangkat gelas sambil melagakan beramai-ramai, ia boleh disertai dengan syarat tidak menggunakan minuman keras. Secara tradisional orang yang mencadangkan acara itu yang akan berdiri. Manakala orang yang dicadangkan itu kekal duduk.

Apapun, perkara penting yang perlu anda lakukan selepas menghadiri majlis ialah menghantar nota terima kasih kepada pihak yang mengundang.


share on:facebook

Petua Dapur 3

Petua Supaya Telur Tidak Pecah Semasa Merebus
Untuk menghindarkan telur daripada pecah ketika direbus, didihkan air dahulu. Kemudian masukkan helaian kertas surat khabar, diselangi dengan telur. Ulangi beberapa kali.

Petua Karipap Lebih Rangup
Cuba cairkan mentega yang digunakan terlebih dahulu. Kemudian barulah dicampurkan dengan adunan tepung dan diuli seperti biasa. Cara ini akan dapat menjadikan karipap anda lebih rangup dan enak.

Petua Sedapkan Sayur Bergoreng
Untuk mendapatkan masakan sayur goreng terasa lebih sedap, pastikan semasa menumis bawang putih, tumis sekali bersama satu batang serai yang telah diketuk. kemudian barulah tumis bahan-bahan lain seperti biasa. Cara ini akan dapat memastikan tumisan anda bertambah sedap dan bau masakan lebih menyelerakan.

Petua Agar Kentang Goreng Tidak Melekat
Setelah kentang dihiris nipis rendamkan buat seketika di dalam air mendidih. Kemudian toskan dan barulah digoreng. Pasti kentang goreng anda kali ini, tidak akan melekat ketika digoreng.


share on:facebook

Sajian Dalam Pantang Selepas Bersalin


Biar semoden mana gaya hidup kita, sebagai wanita kita harus kembali mengamalkan pantang secara tradisional setiap kali selepas melahirkan anak. Ini kerana kondisi tubuh kita luaran dan dalaman tidak lagi sekuat sebelumnya. Kita perlu menghadkan jenis-jenis makanan yang mahu dimakan kerana kemungkinan ramuan yang tidak sesuai akan menghalang tubuh kita pulih sepenuhnya...

HALIA
Halia dikatakan mempunyai sifat panas dan kering. Dengan memakannya sepanjang tempoh berpantang, ia bertujuan memecah angin, menghilangkan sejuk badan dan membantu proses penghadaman.

BAWANG PUTIH
Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan semata-mata. Malah ia berkhasiat untuk kesihatan anda, jika diamalkan setiap hari. Dikatakan ia juga mampu mengembalikan semula tenaga, buang angin kotor dan melancarkan peredaran darah. Selain merawat lika-lika dalam tubuh badan.

DAUN PEGAGA
Pegaga merupakan sejenis ulaman di kalangan ibu berpantang, terutamanya dalam menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Di ibaratkan sebagai 'tonik saraf' untuk merehat dan menambahkan ingatan, pegaga juga dapat mengatasi masalah seperti kemurungan, yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal selepas bersalin.

PERIA
Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang yang mengalami kesukaran buang air besar, disamping menambah susu ibu. Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh anda, jika diamalkan.

KUNYIT
Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang , mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

IKAN HARUAN DAN IKAN TENGGIRI
Untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran tubuh badan, pengambilan ikan haruan dan ikan tenggiri sebagai makanan tambahan sepanjang tempoh berpantang amat digalakkan. Ia juga mampu melicinkan dan menegangkan kulit badan, selain menyembuhkan luka dalaman dan luaran badan kerana kandungan asid amino dan lemak yang ada padanya. Dagingnya yang bebas kolestrol turut membuatkan paras wajah kelihatan berseri, serta pemikiran menjadi cergas. Dan juga tidak menggemukkan badan untuk jangka masa panjang.

LADA HITAM
Penggunaan lada hitam sebenarnya bertujuan memanaskan badan. Boleh diambil oleh ibu bersalin secara pembedahan, tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.

ASAM JAWA
Mencampurkan perahan air asam jawa dalam hidangan ibu berpantang, banyak khasiatnya. Antaranya, iamemudahkan anda buang air besar selain dapat menyegarkan tubuh badan.

PETUA MENGEMBALIKAN BADAN RINGAN DAN BERTENAGA SELEPAS BERSALIN
Amalkan minum air rebusan serai dan halia ( yang dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika anda minum air rebusan ini pagi dan malam, insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga.


share on:facebook

Friday, July 23, 2010

Seks, Antara Mitos Dan Kenyataan

Yang namanya mitos, dari dulu hingga sekarang, selalu saja ada. Lucunya, kebanyakan mitos ini justeru diyakini kebenarannya. Anda tentu tidak mahu terjerumus dalam mitos menyesatkan? Bermaksud... meluruskan beberapa, untuk membuat anda lebih bijak menilai.




1- MITOS : KONDOM MENCEGAH PENYAKIT
MENULAR SEKSUAL
FAKTA : Infeksi seperti herpes ( baik oral mahu pun genital) dan HPS ( Human Papilloma Virus) tidak dapat disembuhkan tanpa pertolongan doktor. Kondom bukan 'penyelamat' anda, kerana meski memakai kondom, anda tetap berpeluang tertular penyakit kelamin dari pasangan.


2- MITOS : SEKS/MASTURBASI SETIAP HARI MENYEBABKAN SPERMA KERING
FAKTA : Tidak Benar. Lelaki yang sihat akan memproduksi sekitar 300 juta sperma setiap harinya. Ejakulasi pertama di awal hari untuk lelaki sihat akan menghasilkan 180 juta sperma, bahkan lebih. Ejakulasi berikutnya menghasilkan kurang dari yang pertama, bila dilakukan pada hari yang sama.

3- MITOS : MASTURBASI DENGAN BERNAFSU DAN KASAR OK SAJA
FAKTA : Terfikir melakukan masturbasi dengan lampu neon atau benda keras lainnya untuk merasakan sensasi berbeza? Fikir 1000 kali lagi. Tidak ada vagina atau bibir vagina yang mampu menahankan benda-benda yang memang bukan 'peruntukannya'.

4- MITOS : LELAKI IBARAT KERETA SPORT, START ENGINE TERUS PANAS
FAKTA : Tidak selalu begitu. Lelaki kan juga manusia, saat stres atau tidak selesa biasanya tidak mahu diajak kompromi. Jadi wajar kalau si dia menolak saat anda menagih apa lagi pekerjaannya di pejabat sedang menggunung.

Gambar : Credit - Hiasan sahaja.


share on:facebook

Gigitan Cinta : Seronok atau Malu?

Gigitan Cinta .. Seronok ke? atau memalukan...

'Gigitan Cinta' (love bite) selalu meninggalkan kesan yang kurang menyenangkan. Manakan tidak, ia bakal menjadi gurauan rakan-rakan pejabat. Bagi wanita, kesan itu sudah cukup untuk menghilangkan 'mood' sepanjang hari. Bayangkan jika teman-teman lelaki sepejabat akan memandang ke arah kesan itu dengan pelbagai andaian dan senyuman nakal. Jika wanita memakai tudung, bolehlah juga di tutupi dengan tudung.

Sebaliknya jika kesan itu terdapat pada lelaki, sudah pasti si isterilah yang bakal menjadi mangsa. Isterinya akan dikatakan 'ganas' dan 'rakus'. Walaupun lelaki dikatakan kurang sensitif tetapi sedikit sebanyak, ia tetap memberikan kesan kepada emosinya. Akibatnya setiap kali pasangan ingin mencium terutama bahagian leher, ia akan menimbulkan fobia. Takut digigit! Jadi kesan pada pasangan, jika hendak menggigit, gigitlah di tempat yang tertutup. Nikmatnya tetap sama .. :)

Petua untuk menghilangkan kesan gigitan cinta:
  • Ambil sebiji panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yang mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dengan air seperti biasa.
  • Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata di bahagian tersebut. Biarkan seketika.
  • Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.
  • Sapukan minyak gamat atau minyak angin. Gosok perlahan-lahan.
  • Jika tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.


share on:facebook

Thursday, July 22, 2010

Petua Dari Dapur


Petua memilih Ikan Segar
Bagi memastikan ikan yang dibeli segar, pastikan ingsang ikan masih merah atau mata ikan masih kelihatan jernih. Selain itu, tekan sedikit dagingnya dengan jari. Ikan segar tidak akan meninggalkan bekas di tempat yang ditekan.

Petua mengurangkan bau petai
Selepas memotong petai, rendamkan di dalam air beras selama satu jam. Kemudian, bersihkan seperti biasa.

Petua kilatkan sudu dan garpu
Rendamkannya ke dalam air asam jawa selama satu jam. Kemudian keringkan dengan kain lembut. Setelah kering, sapukan sedikit minyak masak dan jemur seketika.

Petua bersihkan perut lembu
Masukan perut ke dalam bekas dan tuangkan air sejuk. Kemudian masukkan pula sedikit larutan air kapur dan kacau sehingga larut. Bersihkan dan bilas perut dengan air bersih selepas itu.


share on:facebook

Wednesday, July 21, 2010

Madu Boleh Langsingkan Tubuh

Madu dipercayai sebagai pertolongan pertama untuk penyembuhan ataupun sebagai seplemen penambah stamina sejak dahulu lagi. Namun, manfaatnya bukan itu sahaja. Ia kini dilihat dapat membantu program penurunan berat badan.

Orang Mesir kuno, Cina, Yunani dan Rom mempercayai bahawa madu memiliki khasiat yang luar biasa sebagai ubat dan juga suplemen tubuh. Kini, bertamabh lagi satu khasiat madu. Berdasarkan penelitian, ternyata madu boleh membantu proses penurunan berat badan dalam program diet.

Madu yang digunakan adalah madu dengan kandungan antioksida yang cukup tinggi sehingga menyebabkan pembakaran lemak menjadi lebih banyak.

Jika anda ingin meredakan batuk pada kanak-kanak bolehlah beri madu. Tetapi awas! jangan sekali-kali memberikan madu pada bayi di bawah umur setahun kerana madu mengandungi spora dari bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan pada bayi yang ketika itu masih belum mempunyai sistem imunisasi baik seperti orang dewasa.

Info : MW
share on:facebook

Bunga Raya Rangsang Haid

Bunga raya bukanlah bunga asing bagi masyarakat negara kita. Terkenal sebagai bunga kebangsaan Malaysia, ia bukan sahaja cantik dijadikan tanaman hiasan, tapi boleh dihancurkan dan kemudiannya dijadikan air minuman. Selain itu, tanaman hiasan yang turut dikenali dengan nama botaninya Hibiscus Rosa-Sinensis ini turut mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri.
Banyak spesis berlainan bunga raya tetapi hanya spesis Hibiscus Rosa-Sinensis sahaja yang sesuai dijadikan ramuan ubatan.

Pokok yang turut dikenali dengan nama Hibiscuc, dan China Rose ini dikatakan mengandungi emolien (agen mereda dan melembutkan kulit), anodin (mereda dan melegakan kulit), ekspektoran (menggalak rembesan kahak oleh salur-salur udara supaya ia lebih mudah dibatukkan keluar), dan menyejukkan.

Ia juga antijangkitan, antelmintik (membasmi cacing), antiradang, diuretic, antipiresis (mengurangkan demam dengan merendahkan suhu badan), hipotensif dan antispasmodik. Bunganya adalah astringen (mengecutkan sel-sel dengan memendakkan protein daripada permukaannya).

Manakala akarnya mengandungi musilaj yang dikatakan mampu melegakan membran mukus pada saluran pencernaan dan pernafasan. Pokok bunga raya juga dikatakan mengandungi flavonoid, cyanidin, quercetin, hentriacontane, kalsium oksalat, thiamine, riboflavin, niasin dan asid askorbik. Bahagian pokok bunga raya yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah bunga, daun dan akarnya.

Dalam perubatan Ayurveda, kelopak bunga digunakan untuk merangsang pertumbuhan rambut, menghalang rambut berubah pramatang dan kehilangan rambut. Ia juga bertindak sebagai pelembab rambut semula jadi dan boleh digunakan sewaktu mencuci dan membilas rambut.

Bunga dan daun pokok bunga raya yang telah dibakar dan kemudiannya dicampurkan minyak sapi dikatakan boleh dijadikan pewarna hitam untuk digunakan sebagai celak mata dan bulu kening.

Untuk tujuan perubatan tradisional,dalam perubatan Ayurveda dikatakan pokok bunga raya mampu digunakan sebagai ramuan ubat merangsang haid, melegakan sakit akibat haid, merangsang pengguguran dan membantu memudahkan kelahiran bayi.

Dalam perubatan tradisional pula, bunga raya yang telah ditumbuk lumat dikatakan boleh ditampal pada kulit untuk tujuan merawat bisul, beguk, luka bengkak dan penyakit kulit. Bunga yang telah dicampurkan air mendidih atau direbus boleh dijadikan ubat yang diminum untuk merawat masalah asma, batuk, bronkitis, selesema, mengeluarkan kahak dan hingus dan merangsang haid.

Akar terutamanya dari jenis bunga berwarna putih dikatakan boleh ditumbuk lumat dan dimasukkan ke dalam air mendidih dan kemudiannya dijadikan ubat minum untuk merawat penyakit yang dijangkiti melalui seks, melawaskan pembuangan air kecil dan penawar racun.

** Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan pokok raya, penggunaanya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

-khasiat bunga raya
-misteri alam

Info : MW


share on:facebook

Suamiku Lelaki Romantis!

Ramai isteri mendambakan suami yang romantis menjadi pendamping mereka seumur hidup. Suami sebegini membuat diri rasa dihargai dan dicintai sepenuh hati. Ah! bahagianya perasaan begini...

Tak perlu modal yang besar, sekadar kata-kata dan tingkah laku yang berpadanan anda sudah layak digelar lelaki romantis.

Untuk para suami.... anda akan membuatkan isteri berasa bertuah dikurniakan suami yang romantis seperti anda.


PANGGILLAH 'SAYANG"
Elakkan panggilan 'ibu', 'mama' 'maknya' pada isteri selepas berumah tangga dan memiliki anak. Kekalkan panggilan sayang seperti waktu bercinta dahulu.

BERPIMPIN TANGAN
Berjalan berdua sambil berpimpin tangan menandakan bahawa kasih suami masih mekar sama seperti dahulu. Jangan pula si suami jauh di hadapan, tinggal si isteri dibelakang keseorangan.

UNGKAPAN CINTA
'Abang cintakan sayang' ungkaplah sekerap yang boleh. Macam masa-masa bercinta dulu.

BERIKAN KUCUPAN SPONTAN
Walaupun sudah lama berumah tangga, hati wanita tetap sama. Mereka mahukan perhatian dan kasih sayang. Ciuman begini kan menjelmakan perasaan yang hadir sewaktu bercinta dahulu.

PUJIAN DIRINYA
Pujian yang dilafazkan bukan dari mulut pasangan walau setinggi mana pun tidak akan sama dengan pujian dari suaminya. Sesekali pujilah isteri tapi kenalah berpatutan.

HANTAR SMS CINTA
SMS atau e-mel sebegini akan menambahkan lagi rasa sayangnya pada suami dan selalunya tidak akan dipadamkan dari telefon bimbit atau kotak simpanan e-melnya.

BERIKAN HADIAH
Berikanlah hadiah pada tarikh-tarikh tertentu atau bila masa sahaja, walaupun sekadar sehelai selendang. Hadiah ini bakal membuatkan hati isteri berbunga dan gembira dirinya dihargai.

PANGGILAN TELEFON
Panggilan telefon tanpa dijangka dan ungkapan bertanya keadaan isteri akan membuatkan isteri rasa dihargai dan diingati.

KEJUTAN
Setelah berumah tangga tak mungkin ada lelaki lain yang mahu buat kejutan untuk dirinya. Maka wajarlah sang suami melakukannya untuk isteri tersayang. kejutan seperti ajakan menginap di hotel, menonton wayang bersama akan menyemarakkan kasih sayang isteri terhadap suami.


Gambar : Credit - Sekadar Hiasan




share on:facebook

Wanita Risau Bila Menopaus?

Apabila disebut mengenai menopaus ramai wanita merundum kebimbangan kerana menjelang masa ini, wanita akan mula nampak lebih tua, perubahan fizikal yang ketara dan peranan mereka di rumah serta dalam masyarakat akan berubah. Menopaus adalah perubahan fisiologi semula jdi yang pasti dilalui oleh setiap wanita apabila menjelang purata usia 50-an.

Pada ketika ini bahagian peranakan wanita tidak lagi mampu mengeluarkan telur dan berhenti menghasilkan hormon estrogen. Secara tidak langsung wanita yang mengalami situasi ini tidak dapat melahirkan zuriat lagi. Kajian menunjukkan 1% wanita menopaus awal iaitu sebelum 40 tahun dan ada diantara wanita putus haid ketika berumur 25 tahun akibat faktor-faktor tertentu.Menopaus awal di kalangan wanita hari ini berpunca daripada masalah pemakanan dan kesihatan dalaman yang tidak dijaga.

Rawatan penbedahan pembuangan bahagian peranakan yang dilkukan disebabkan kilang telur tidak dapat berfungsi dengan baik dan boleh mendatangkan bahaya pada nyawa. Wanita yang menerima rawatan kimo dan radioterapi juga akan mengalami situasi yang sama kerana ia merupakan rawatan kimia yang bertindak membunuh sel organisma dalam badan serta menghalang pergerakan metabolisme dalaman.

Bagi wanita yang merokok, mereka akan mengalami gejala menopaus lebih awal 2 tahun dari wanita biasa. Ini disebabkan kekurangan vitamin dan penjagaan dalaman yang mengakibatkan mereka ini cepat tua.

SIMPTOM DAN KOMPILASI MENOPAUS
Kebiasaannya, kebanyakan wanita mengalami menopaus akan mengalami simptom kerap berpeluh, masalah emosi yang berubah-ubah serta kekeringan pada alat sulit sehingga menyebabkan kurang keinginan seksual bersama pasangan. Kekeringan pada seluruh kulit badan menampakkan kesan penuaan lebih ketara akibat kekurangan kolagen dalam badan.

Kesukaran pelawasan kencing tidak dapat dikawal pengeluarannya antara faktor penyebab berlakunya menopaus. Di Malaysia hanya 30 peratus wanita menopaus mempunyai simptom dan paling ketara ialah serangan pamas. (hot flushes).

Walaupunmenopaus harus dilalui oleh setiap wanita namun ia tidak seharusnya dipandang ringan, seharusnya wanita mengambil pelbagai inisiatif untuk menghadapi persediaan sebelum menopaus bagi mengelakkan pelbagai penyakit dan risiko yang akan dihadapi selepas menopaus.

Info : MW
Gambar : Credit ( Hanya Hiasan)


share on:facebook

Sebab Perlu Berhenti Merokok

Ramai berkata mengatasi ketagihan rokok jauh lebih payah dari berhenti menagih dadah. Perkara ini diakui oleh pakar perubatan dan bekas penagih. Walaupun tahu merokok membahayakan kesihatan seperti menyebabkan kanser paru-paru dan mulut dan penyakit sekatan Pulmonari kronik (COPD) namun ramai yang tidak mampu melawan pengaruh nikotin ke atas otak.

Masih ada masa untuk anda berhenti merokok. Masih ada masa untuk anda melakukan perubahan positif yang memberi manfaat kepada semua orang terutama diri sendiri dan orang tersayang.














1- ALZHEIMER

Merokok menyebabkan fungsi otak merosot lima kali ganda lebih cepat terutama bagi perokok berumur. Merokok memberi kesan kerosakan berpanjangan terhadap salur darah menyebabkan darah boleh membeku yang meningkatkan risiko serangan strok dan kemerosotan daya ingatan.

2- COPD dan KANSER PARU-PARU
Merokok adalah punca utama penyakit ini.

3- KANSER MULUT

4- LUPUS
Sistemik Lupus Eritematosus atau lupus adalah penyakit auto imun di mana sistem imun tersilap tafsir dan menganggap badan sendiri sebagai bahan asing yang perlu dihapuskan. Ini adalah penyakit auto imun yang kronik dan boleh mengakibatkan keradangan, kesakitan dan kerosakan tisu badan. Asap rokok mengandungi lebih 4,000 jenis racun yang boleh menukar mana-mana fungsi badan termasuklah sistem imun.

5- RISIKO MATI PUCUK
Secara keseluruhan 15% perokok mengalami masalah ereksi berbanding 12% lelaki tidak merokok.

6- BAYI MENGALAMI MASALAH SAKIT PERUT
Pendedahan kepada asap rokok boleh meningkatkan risiko masalah kolik atau sakit perut. Asap rokok boleh menaikkan paras hormon dalam darah dan usus yang dipanggil motilin. Hormon ini akan membuat pengecutan otot perut dan usus menjadi laju - yang secara tidak langsung mempercepatkan pergerakan makanan. Inilah sebabnya bayi mengalami sakit perut dan berasa tidak selesa.

7- HILANG PENGLIHATAN
Ia berlaku terutama kepada perokok berumur. Perokok mempunyai risiko empat kali lebih tinggi untuk menjadi buta disebabkan kemerosotan makular akibat penuaan.

8- ARTRITIS REUMATOID
Individu yang mempunyai genetik lemah akan lebih mudah mendapat artritis reumatoid jika mereka merokok. Kajian penyelidik mendapati risikonya ialah 16 kali lebih tinggi berbanding individu tidak merokok.

9- BERDENGKUR

10- PEROKOK SEKUNDER
Orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok juga mendapat tempiasnya.


Info : MW
Gambar : Credit


share on:facebook

Monday, July 19, 2010

Jemput-jemput Nasi



Sebelum nak tidur selalu terfikir apalah nak buat sarapan esok. Bangun pagi pun macam tu, nak buat sarapan apa ni. Macam inilah agaknya kaum ibu... Mak kita pun dulu macam ini lah juga agaknya.

Tengok-tengok apa yang boleh di buat sarapan. Hari-hari makan roti bakar pun x seronok juga. Jengah periuk nasi, ada baki nasi malam tadi dan masih elok lagi. Nak di goreng, alang-alang cuma dapat sepiring. Nak dibuang sayang pula.

Ermmm ... buat jemput-jemput nasi saja lah... Jemput-jemput nasi ni lembut walaupun sudah sejuk. Anak-anak pun senang makan sebab dia tidak liat atau keras. Jemput-jemput nasi ini pun bukan sahaja boleh di buat sarapan , tapi boleh juga buat minum petang.

Resepi Jemput-Jemput Nasi

Bahan-bahan :
1 mangkuk nasi
sedikit air
tepung gandum
ikan bilis
bawang kecil
lobak
daun bawang

Semua bahan di kisar kecuali tepung gandum, lobak dan daun bawang, Lobak di potong kecil-kecil. Daun bawang dihiris kecil.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bahan yang dikisar tadi. Jadikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu keras.

Campurkan potongan lobak dan dan hirisan daun bawang tadi. Boleh juga tambah apa-apa yang anda suka.

Kemudian bolehlah di goreng. Boleh di cicah sos.


share on:facebook

Coklat



Homemade Chocolate. Coklat buat sendiri. Ni pun suka-suka jer buat. Bahan sudah ada, cuma malas jer nak buat. Hari ini terajin, so buatlah. Sikit jer dapat sebab coklat ni pun lebihan yang lepas.

Resepi Coklat Buat Sendiri




share on:facebook

Nikmat Hilang Sekelip Mata


Hati siapa tidak sedih... Perasaan mana yang tidak luka apabila ikatan perkahwinan yang dibina berdasarkan cinta sama cinta bertahun lama, tiba-tiba musnah sekelip mata. Hilang segala keriangan. Tiada lagi kemesraan untuk dikongsi bersama. Tiada lagi kemanisan untuk dikenang. Cuma yang tinggal, hanyalah sebuah kepahitan. Bertemankan hati yang lara dengan juraian airmata...

Begitulah lumrahnya perkahwinan...



share on:facebook

Sesuaikan Fabrik Dengan Citarasa

Memilih dan membeli fabrik yang sesuai dengan cita rasa dan kehendak seseorang bukanlah mudah. Banyak perkara yang perlu diutamakan dalam pemilihan jenis-jenis kain. Jika anda ingin keluar membeli kain, ikutilah tip ini bagi memudahkan anda mencari dan memilih fabrik yang sesuai dan berkenan di hati nanti. Maklumlah tidak lama lagi hari raya akan datang.

1- FABRIK PERLU MENGIKUT BENTUK DAN SAIZ BADAN
Bagi anda yang berbadan besar bolehlah memilih fabrik berkonsep memeri (straching). Elakkan daripada memilih fabrik jenis keras kerana ia akan lebih menampakkan badan anda yang besar dan berisi. Berbanding anda yang berbadan kurus, boleh memilih fabrik jenis dropping seperti sifon.

2- PILIH FABRIK SESUAI DENGAN MAJLIS
Selain itu, pemilihan kain perlu juga bersesuai dengan tujuan membeli kain tersebut. Sama ada untuk dipakai ke majlis-majlis formal, ke pejabat, ke majlis khas dan sebagainya.

3- SESUAIKAN FABRIK DENGAN WARNA KULIT
Kesesuaian fabrik dengan warna kulit juga dipandang penting. Jangan memilih kain warna terang seperti kuning, hijau ataupun merah kerana warna terang akan menyebabkan warna kulit anda akan bertambah gelap, bagi mereka yang berkulit gelap. Jika boleh pilihkan fabrik dari jenis warna pastel ataupun warna tanah (natural). Berlainan dengan anda yang berkulit putih, pemilihan warna adalah lebih luas.

4- FABRIK SELESA DAN MENARIK MINAT ANDA
Selain harga yang berpatutan, anda perlulah membeli fabrik mengikut kehendak dan citarasa supaya kain yang dibeli memenuhi minat dan keperluan anda.

Info : MW
Gambar : Credit
share on:facebook

Sunday, July 18, 2010

Roti Jala Dengan Kari Ayam






Sesekali sarapan roti jala dengan kari ayam tentu sedap. Tapi nak rajin jer buat roti jala ni. Sebab mengambil masa lama juga nak habiskan satu adunan. hehe.

Buat roti jala ni awal pagi tapi siap dah pukul 10.00 pagi. So, sarapan kul 10.00 lebih la. Roti jala boleh juga di makan dengan lain lain selain kari ayam. Boleh juga letak inti macam inti karipap di dalam gulungan roti jala tu. Tapi kebiasaannya makan cicah dengan kari lah sedap...

Teringat Hari Raya tahun lepas satu hari buat roti jala ni untuk marhaban lelaki di taman perumahan. Tapi seronok, berbaloi sebab licin akhirnya. Tak cukup . Setakat itu saja yang mampu di buat .

Resepi Roti Jala
Bahan-bahan :
  • 500 gram tepung gandum
  • 500 ml air
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
Cara membuatnya :
Campurkan semua bahan, pastikan tidak terlalu pekat atau cair. Kisar supaya tidak bergentel dan tapis. Lepas tu dah ok, kirailah atas kuali leper dengan acuan roti jala tu... Kenalah pandai kirai baru cantik jadinya roti jala tu. Takut nanti jadi macam lempeng jer.


share on:facebook

Brownies

Cuba-cuba buat brownies .. anak-anak sibuk asik nak brownies. Tak tahu lah ok ke tidak. Tapi habis juga di makan, tidak berapa cantik tapi rasanya sedap. Hehehe. Yang pasti anak-anak suka.

Resepi Brownies Simple

Bahan-bahan :
100 gm coklat masakan
130 gm mentega
250 gm gula
4 biji telur
130 gm tepung gandum
5 gm serbuk penaik
50 gm badam/walnut

Cara Membuatnya :
Masak coklat dengan mentega secara double boiler. Sejukkan.
Pukul gula dan telur hingga kembang.
Masukkan coklat kedalam adunan.
Masukkan tepung yang telah di campur serbuk penaik.
Masukkan badam.walnut kedalam adunan. Gaul.
Tuang kedalam acuan dan bakar.

Mudah jer. Bahan-bahan pun senang di dapati. Janji rasanya sedap.



share on:facebook

Thursday, July 15, 2010

Kopi vs Ubat Sakit Kepala

Mungkin ramai yang pernah terbaca apabila mengambil ubat sakit kepala, anda dinasihatkan agar tidak minum kopi. Kebanyakan ubat sakit kepala mengandungi zat analgetik yang tidak mengandungi ubat tidur seperti parasetamol, ibuprofen dan metampiron. Namun, beberapa jenis ubat sakit kepala berupa gabungan dari zat analgetik dengan ubat tidur, vitamin B atau kafein.

Tentunya pemberian ubat sakit kepala ini bergantung kepada jenis yang dideritai pesakit. Ada sesetengah ubat sakit kepala yang memberi tekanan pad aleher, dahi dan kulit kepala. Untuk ubat berkafein seperti kopi. Tetapi untuk jenis migraine anda boleh minum kopi kerana kandungan kafein di dalamnya mampu mengecilkan ukuran pembuluh darah.

Bagaimanapun, jangan sesekali minum ubat bersama dengan air kopi. Biasakan minum ubat dengan disertai air putih.



share on:facebook

Hati Seorang Isteri

Saya Tahu perempuan dicipta untuk lelaki dan begitulah sebaliknya. Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu, Adam tidak betah keseorangan lalu terciptalah Hawa. Hawalah Penyeri, Hawalah penghibur, Hawa jua racun berbisa. Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap yang Esa lantas dicampakkan ke dunia.

Dunia yang penuh kekejaman, penuh moda. Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya. Habi; dan Qabil berbunuhan kerana Hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si Hawa. Pemimpin agung negara juga pernah tersungkur dek seorang wanita.

Saya ingin menjadi sehebat Siti Muthiah. Taat dan patuh kepada suami. Menjadi penawar buat suami. Melahirkan permata hati untuk suami.

Bukan harta yang kupinta. Bukan emas yang kurayu. Aku hanya ingin selalu di sampingmu.

Akan ada orang lainkah dihatimu. Aku tidak sanggup! Aku tidak sanggup ermadu, tidak rela dimadu apatah lagi berkongsi suami. Aku tidak sekuat Saidatina Aisyah. Aisyah juga cemburukan isteri-isteri Rasullah. Bermadu tak semanis yang disangka. Mungkin lebih pahit daripada hempedu. Aku tahu, lelaki yang mampu layak bernikah lebih daripada satu malahan dua, tiga, empat.

Aku tahu, dia mampu mengemudi dua buah bahtera tapi aku tidak cukup kuat untuk itu. Perlukah aku berkorban?



share on:facebook

Nescafe 3 in 1 Merosakkan Jantung & Buah Pinggang

Mengantuk jer cari Nescafe. Kalau kat opis memang ni lah yang paling senang.

dari usia muda.....

pagi nescafe..... 2 X..

petang nescafe....2X. ..

malam nescafe....? X...

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung/dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya semakin basah.

Selanjutnya dinasihati untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalahnon dairy creamer

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya

7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

- Hanya ingin berkongsi -



share on:facebook

Ibu, Segala Ibu


- CANTIK DI HATI -
Nabi Muhammad S.A.W bersabda, ada empat di pandang sebagai ibu, iaitu
  1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
  2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BICARA.
  3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
  4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


share on:facebook

Lindungi Wajahmu dari Sinaran Mentari

Sinaran matahari mempunyai banyak kebaikan terutama dalam membekalkan Vitamin C untuk tubuh. Ia juga dikatakan elok untuk membantu merawat penyakit tertentu. Oleh itu berjemur di bawah sinaran matahari pagi sangat disarankan oleh doktor.

Begitu juga dalam kecantikan, sinaran matahari membantu memberi kesan keperang-perangan pada kulit. Warna sedemikian cukup diinginkan terutama masyarakat barat yang menganggap ia sebagai simbol kecantikan dan kesihatan. Sebab itulah, mereka tidak kisah berjemur di bawah sinaran matahari berbanding masyarakat Asia yang sememangnya sudah memiliki warna kulit yang kecoklatan.

Namun, disebalik kebaikan itu, terdapat juga kesan lain yang agak membahayakan. Antaranya adalah kesan kulit terbakar atau disebut juga Erythema. Alergi atau Photodermatosis juga boleh terjadi terutama bagi mereka yang memiliki kulit jenis sensitif sehingga menampakkan kesan kemerahan dan gatal pada kulit apabila terkena sinaran matahari dalam tempoh yang lama.

Selain itu, pendedahan terlalu lama pada sinaran matahari boleh menjadi penyebab utama penuaan kulit, kulit kusam serta kanser kulit.

Bagi mengelakkan perkara ini dari berlaku, sebaiknya jangan tinggalkan rumah tanpa menggunakan krim pelindung cahaya matahari atau 'sunblock'. Semakin tinggi kadar SPF dalam krim tersebut bermakna perlindungan terhadap cahaya matahari juga makin tebal.





share on:facebook

Wednesday, July 14, 2010

Supaya Air Susu Banyak


Adakah anda menghadapi masalah air susu yang kurang kualiti dan kuantiti. masalah bukan sahaja akan membuatkan bayi sering menangis tetapi juga terdedah kepada air susu yang kurang zat. Antara penyebab ialah faktor ibu kurang rehat dan kurang sihat. Antara cadangan untuk meningkatkan pengeluaran air susu ibu :


1- Ibu harus berehat secukupnya. Caranya, biasakan bayi tidur meniarap terutama pada malam hari kerana cara tidur sebegini akan membuatkan bayi tidur lebih lama. Ini akan memberikan anda masa berehat dan sekali gus dapat meningkatkan pengeluaran air susu anda.

2- Sebaiknya susukan anak anda dengan menggunakan kedua-dua belah payu dara. Sesetengah ibu hanya memberikan bayi mereka sebelah sahaja menyebabkan sebelah lagi tidak terangsang. Ini akan menyebabkan pengeluaran air susu akan lebih cepat terhenti dari jangka masa yang sepatutnya.

3- Ibu yang menyusukan bayi, memerlukan makanan tambahan selain untuk kegunaan anda sendiri. Anda juga digalakan meminum air yang mencukupi. Elakkan makanan yang boleh memberikan kesan terhadap bayi seperti makanan pedas, beralkohol dan kopi.

4- Digalakkan supaya bersikap tenang sama ada dari segi fizikal dan mental. Ibu yang selalu gelisah, tertekan, kurang percaya diri atau mengalami gangguan emosi mungkin akan gagal dalam menyusukan bayi mereka.

5- Selama 6 minggu terakhir semasa kehamilan, digalakkan mengurut payu dara dengan tangan. Ia baik untuk mengelakkan masalah air susu yang tersembut.

6- Selepas bersalin, hormon prolaktin merangsang pengeluaran susu dalam beratus-ratus sel. Pada hari pertama kelahiran, buah dada menghasilkan kolostrum, yang kaya dengan protein yang membekalkan bayi antibodi untuk mencegah jangkitan.

Dipetik dari buku 'Mengatasi masalah Hamil & Kelahiran'
Note : Picture - Angelina Jolie Breast Feeding



share on:facebook

Berdamai Cara Terbaik

Lazimnya, jika suami isteri bertengkar mereka mahu berdamai. Seboleh mungkin mereka mahukan perselisihan faham itu berakhir dengan cepat melalui jalan terbaik. Namun apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu hanya bersifat sementara dan luahan hati tidaklah sepenuhnya. Akibatnya esok lusa bergaduh lagi. Selain teknik berdamai yang tidak betul, banyak faktor lain yang menjadi punca kembali bertengkar.


1- JANGAN MERAJUK
Merajuk tidak berguna sama sekali untuk menyelesaikan masalah malah perbuatan itu boleh memburukan keadaan.

2- JANGAN MENGHUKUM
Pertelingkahan dan konflik di antara suami isteri meninggalkan kesan negatif kepada emosi kedua pihak. Masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana ingin memuaskan hati sendiri.

3- JANGAN BERBOHONG
Jangan berbohong pada diri sendiri. Jangan pura-pura jual mahal atau tidak sudi jika pasangan ingin berdamai.

4- JANGAN MENCARI SALAH
Jangan mencari kesalahan pasangan, mencari kelemahan dan kekurangan pasangan.

5- HENTIKAN BAHASA NEGATIF
Bahasa negatif ketika bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Hentikan perbuatan itu jika ingin berdamai. Gunakan bahasa yang lebih positif seperti bahasa penghargaan, sanjungan dan pujian.

6- BERCAKAPLAH TENTANG HARI INI DAN ESOK
Setelah berdamai janganlah mengungkit perkara yang sudah lepas. Mulalah bercerita tentang hari ini dan masa akan datang.

7- SENYUM SEMULA
Senyuman adalah kaedah yang mujarab berdamai semula. Biarpun sukar, tapi kena cuba.

8- MULAKAN BERDAMAI
Kalau benar anda ingin berdamai mulakan langkah tanpa memikirkan risikonya. Sekurang-kurangnya anda telah mencuba dan diri anda tidak boleh dipersalahkan atas alasan kurang usaha.

9- KENAL PASTI MASALAH
Selagi masalah tidak dikenalpasti dengan tepat, selagi itu konflik yang sama akan timbul berulang kali.

10- KENAL PASTI PERUBAHAN
Jelaskan dengan tepat apakah perubahan yang anda mahukan agar proses berdamai dapat dilakukan.


Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik tidak perlu dipelajari. Namun untuk menjalani kehidupan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana teknik yang betul.


share on:facebook

Petua Dapur 2


PETUA JAGUNG TERSIMPAN LAMA
Jagung yang telah lama tersimpan, tentunya akan menjadi kering. Apabila direbus, rasa manisnya akan hilang bahkan kadang-kadang timbul pula rasa pahit. Tetapi kalau hendak dibuang, sayang pula. Cuba campurkan garam, gula (biar lebih sedikit) dan mentega ke dalam air rebusan jagung. Setelah mendidih, barulah dimasukkan jagung. Rebus sehingga masak. Matikan mati dan biarkan jagung terendam dalam air rebusan tadi hingga suam, dan toskan airnya.


PETUA ENAKKAN GULAI LEMAK CILI PADI
Untuk mendapatkan aroma gulai lemak cili padi ialah dengan menjemur daun kunyit terlebih dahulu. Jemur hingga daun kunyit agak kering, barulah dimasukkan ke dalam gulai tersebut. Enaknya aroma gulai lemak cili padi.



PETUA MELEMBUTKAN SOTONG KERING
Rendamkan sotong tersebut ke dalam air yang telah dicampurkan dengan soda bikarbonat. Kemudian keluarkan dari rendaman, dan dibersihkan. Potong nipis-nipis dan boleh di masak.



PETUA HILANGKAN GETAH NANGKA PADA PISAU
Paskan pisau tersebut di atas api sehinggalah getah tersebut menjadi panas dan cair. Kemudian kesat getah-getah tersebut dengan suratkhabar lama. Cuci pisau tersebu setelah getah hilang.



PETUA MENYIMPAN MAKANAN BAYI
  • Jangan simpan makanan bayi di dalam peti sejuk ketika masih panas. Sebaiknya sejukkan atau biarkan suam dahulu.
  • Masukkan kedalam bekas bertutup. Jika banyak, masukkan kedalam bekas yang berasingan.
  • Simpan terus ditempat beku.
  • Setengah jam sebelum masa bayi makan, keluarkan makanan tersebut dari peti sejuk. Panaskan. Makanan ini hendaklah dihabiskan. Tidak boleh disimpan semula.
  • Makanan bayi yang disimpan di tempat beku, boleh tahan sehingga dua hari tetapi mestilah dalam bekas yang berasingan. Dan keluarkan mana yang perlu sahaja.

share on:facebook

Monday, July 12, 2010

Template Rindu


Rindu kamoooo






share on:facebook

Mutiara Islamic

Perkara yang telah ditakdirkan untukku pasti aku dapat walaupun aku lari daripadanya dan perkara yang ditakdirkan bukan untukku pasti tidak dapat walaupun aku bersusah payah untuk mendapatkannya.
- Abu Hazim Al-Makki (Aulia)


Takut kepada Allah menyebabkan aku sakit; Rindu hendak bertemu dengan-Nya telah membakarku; Cinta telah membunuhku; Dan Allah menghidupkanku.
- Dzu'n-Nun al-Misri (Wali Agung)

share on:facebook

Adakah secara kebetulan?

Cuba baca fakta ini. Adakah fakta ini secara kebetulan?

  1. Terdapat perkataan al-Yaum dan al-Yauma dalam al-Quran yang bermaksud, hari dalam bahasa melayu. Perkataan al-Yaum disebut sebanyak 349 kali manakala perkataan al-Yauma disebut sebanyak 16 kali. Apabila dicampurkan, kita akan dapat jumlah 365. Maksudnya dalam setahun kita mempunyai 365 hari. Adakah fakta ini secara kebetulan?
  2. Juga terdapat ayat al-Shahru dan al-Shahro bermaksud bulan disebut sebanyak 12 kali dalam al-Quran. Maknanya dalam setahun, kalendar sekarang mempunyai 12 bulan. Adakah fakta ini secara kebetulan?
  3. Perkataan Dunia dan Akhirat juga disebut dalam al-Quran secara berimbang. Walaupun kedua-duanya disebut dalam ayat yang berlainan, perkataan Dunia dan Akhirat disebut oleh Allah sama banyak iaitu 115 kali. Manakala perkataan Malaikat dan Syaitan juga disebut sama banyak, iaitu sebanyak 68 kali. Kebetulan kah?

Fakta ini dari buku Penghayatan Sains dan al-Quran karya Dr. Arif Kasmo, pensyarah UKM,Bangi.



share on:facebook

Panduan Melambatkan Penuaan

Panduan melambatkan penuaan...

Pastikan anda mengenakan krim tabir suria sebelum keluar dari rumah. Ini kerana UVA dalam sinar matahari amat berperanan dalam mempercepatkan proses penuaan awal berbanding usia.

Amalkan menyapu pelembap yang sesuai dengan jenis kulit anda sebelum mengenakan bedak asas. namun anda harus peka terhadap kandungan krim tersebut misalnya :

- vitamin C berguna untuk tenaga
- vitamin E akan melindungi kulit dari sinar matahari dan radikal bebas.
- vitamin B5 mampu menyejukkan dan mencegah kekeringan pada kulit.
- kandungan mineral seperti kalsium dan magnesium baik untuk meningkatkan metabolisme
kulit.

Kawasan sekitar mata tidak harus diabaikan kerana ia kawasan sensitif. Jadi sapukan krim mata sekitar daerah mata.

Lakukan pengelupasan secara teratur seminggu sekali (atas nasihat pakar) yang diikuti dengan rawatan wajah sebulan sekali.

Jangan menggosok kulit wajah terlalu keras ketika membersihkan wajah.

Hentikan kebiasaan merokok yang dapat mengganggu keseimbangan jumlah oksigen yang diperlukan kulit.

Urut wajah (anti wrinkle massage) secara teratur juga dapat membantu mempertahankan keanjalan kulit wajah. Anda perlu menyapu pelembap sambil mengurut lembut dengan cara yang teratur iaitu lakukan gerakan zig-zag secara menegak pada dahi. Untuk pipi, lakukan gerakan dari dalam ke luar dengan jari anda.

Info : MN


share on:facebook

Mewujudkan 'mood' Romantik Pada Wajah

Panduan mewujudkan 'mood' romantik pada wajah anda.




SAWO MATANG


Bagi anda yang berkulit sawo matang, ciptakanlah kesan eksotik terdiri daripada warna-warna pink yang bersentuhan dengan warna-warna tanah. Aplikasi warna riasan yang disarankan:



  • Untuk riasan mata, pilihlah warna beige dengan sapuan coklat tua pada bahagian hujung mata.

  • Untuk mencipta pipi yang kelihatan segar, aplikasikan warna merah jambu kecoklatan pada tulang pipi anda. pilihlah lipstik warna senada dengan pemerah pipi anda.




PUTIH CERAH



Bagi mereka yang berkulit putih cerah, sentuhan murni warna pink amat sesuai. Oleskan pembayang mata berwarna pink tanpa shimmer, pada kelopak mata.

  • Berikan sentuhan warna bronze pada batas kelopak untuk memberi kesan dalam.

  • Sapukan pemerah pipi berwarna merah jambu muda, muli dari tulang pipi ke hidung.

  • Lipstik warna senada pemerah pipi melengkapi penampilan anda tampil cantik romantis.




HITAM MANIS

Si pemilik kulit gelap, tentunya tidak boleh diabaikan. Pilihan warna anda ialah

  • Biar lebih cerah dan kelihatan berwarna, sapukan pembayang mata berwarna pach pada kelopak mata.

  • Pemerah pipi berwarna jambu-oren mampu menciptakan bayangan pada pipi.

  • Bagi gincu bibir, pilihlah warna peach yang senada dengan perona mata.



share on:facebook

Pupuk Kemesraan Dalam Hubungan Seks

Pupuk kemesraan

Bagi wanita, seks bukanlah perihal bagaimana pasangannya menyentuh tubuhnya sebaliknya bagaimana sentuhan itu menyentuh jiwanya.

terokai naluri berahi anda dengan mengenal pasti perkara yang boleh membuat anda berasa seronok. Imbas kembali percutian yang romantik atau membaca novel-novel romantik.

Bersenam sememangnya sudah lama disyorkan untuk memulihkan kesihatan, melanjutkan usia dan mengekalkan berat badan yang sihat. Kesemua faktor ini menyumbang kepada harga diri dan daya ketahanan yang lebih baik dalam apajua aktiviti termasuk seks.

Menyertai senaman aerobik boleh meransang prestasi seseorang lelaki di kamar.

Terus berbincang mengenai apa-apa masalah tetapi seelok-eloknya keraplah berbincang mengenai apa-apa masalah yang timbul dalam hubungan rumahtangga. dapatkan khidmat pakar jika masalah tidak dapat diselesaikan.

Seandainya segala usaha untuk meluangkan lebih masa berkualiti dengan pasangan anda tidak juga menyerikan kehidupan seks anda, temuilah doktor dan kenal pasti apa masalah sebenar.

Selain mengenali suami dari segi fizikal, isteri juga harus memahami rahsia seks lelaki yang sering kali diabaikan. Namun hakikatnya suami sering mengharapkan isteri mengetahui rahsia yang sukar diluahkan.

Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Jadi, jika anda dipeluk, tidak semestinya suami inginkan hubungan lebih intim.

Belai suami dengan dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham kemesraan fizikal tidak semestinya berakhir dengan hubungan seks. Sebaliknya ia adalah bahagian yang penting dalam hubungan suami isteri.

Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Kadang-kadang lelaki jga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal.

Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. lelaki juga perlukan wanita bercumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat terangsang melihat isterinya, isteri mula risaukan kecantikan daya daya tarikan. Suami pula mula risaukan kekuatan seks nya.

Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira dengan pujuk rayu cinta isterinya ktika diranjang. Ada juga lelaki yang mengharapkan isterinya mulakan terlebih dahulu.

Jika suami tidak berdaya seksual, sebagai isteri anda harus memahami. Anda sendiri perlu berusaha untuk menjayakan hubungan intim anda.

Jika sama-sama muda, anda perlu banyak belajar melalui pembacaan atau bertanya orang yang lebih tua.

Kesabaran elemen penting dalam kehidupan. Pastikan cinta anda cinta sejati dengan adanya tiga elemen iaitu komitmen, keintiman dan keghairahan.



share on:facebook