Wednesday, June 30, 2010

Tanda-tanda Suami Curang

Lelaki ni dia tak ada sikap teliti macam wanita, sebab itulah banyak kes kecurangan suami dapat dikesan si isteri dengan mudah. Si suami yang tak setia ni berusaha menutupi hubungan sulit mereka tapi sebab tak berhati-hati mereka-mereka ni telah meninggalkan beberapa petunjuk yang membolehkan para isteri ni menjejaki aktiviti 'gelap' si suami ni. Rasanya jika ada tanda-tanda yang di bawah ini dapat memberikan kepastian terhadap perasaan curiga terhadap lelaki yang kita kasihi sedang bermain cinta dengan wanita lain.. Andaian saja ...



TELEFON BIMBIT SUAMI
Tidak dibenarkan memegang sama sekali telefon bimbit suami. Jika dahulu dia letak saja dimana-mana telefon bimbit tu, dan tak kisah pun kalau si isteri cuba mengangkat telefon tu bila berdering. Tapi sejak kebelakangan ini langsung tidak benarkan si isteri menyentuhnya dan si isteri langsung tak nampak pun telefon bimbit suami seperti sebelum ni. Senang cakap dah disembunyikan dari mata si isteri. Haaa maka lakukan lah siasatan lanjut.

Mengapa? Sebab hubungan sulit boleh dikesan dengan melihat senarai panggilan atau mesej-mesej di telefon tu. Itu pun kalau dapatlah pegang telefon bimbitnya. Ataupun semua panggilan dan mesej-mesej telah dipadam semuanya .. [ Fikir-fikirkan lah]

GAYA BERUBAH
Jika suami dulu tak kisah pun pasal penampilan atau gaya-gaya sekarang, tapi sejak dua menjak ni dia mula berubah sikap. Dulu tidak pun sembur minyak wangi tapi sekarang aroma minyak wangi setiap hari. Sebabnya jika seseorang lelaki mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambut, kuku atau kulitnya, dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain. Kata pakar psikologi, pakaian baru, kasut baru dan aroma minyak wangi mahal yang baru adalah tanda-tanda bahawa seorang lelaki sedang mencuba atau sudah berlaku curang. [ Tapi kalau berubah penampilan untuk isteri , tak apa juga kan]

HUBUNGAN SEKS YANG BERUBAH
Ada sesetengah isteri yang merasa lega bila suami tidak mahu melakukan hubungan seks. Jika suami sudah tidak tertarik lagi untuk melakukan hubungan seks dengan anda, tidak mustahil dia telah ....... [ Dijauhkan .. ]


SERING MENGHILANGKAN DIRI
Mula keluar awal ke tempat kerja, menghabiskan waktu lebih lama di luar rumah atau sering ke luar daerah. Berhati-hatilah jika kegiatan tersebut semakin kerap dan berlangsung lebih lama dari biasanya. dan yang parah bila tidak dapat dihubungi ketika dia berada jauh dari kita. Panggilan tidak di jawab, SMS tidak dibalas dan silap-silap telefon bimbit suami " no yang anda dail berada di luar kawasan liputan, terima kasih" .

PENGGUNAAN WANG YANG BERLEBIHAN
Perhatikan juga situasi kewangannya yang mungkin sudah 'sengkek' walaupun masih di awal bulan. Perbelanjaan yang tak masuk di akal, seperti penginapan di hotel atau membeli keperluan yang mahal-mahal, nak kena selidik juga ni.

CARA LAYANAN BERUBAH
Dulu suami layan isteri bukan main baik sekali. Peramah , penyayang dan bila di tanya suami kan melayan dengan baik ketika berbual tapi kini berubah sikap menjadi mudah marah. Silap-silap isteri kena kritik dengan suami tak pandai bergaya, tak pandai berbicara, masak pun dah tak sedap. Haa kan macam ada sesuatu yang tak kena dengan suami. Mulalah mudah bertengkar dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan penyelesaiannya. Mungkin dia membanding-bandingkan anda dengan teman barunya.

Tapi ada juga sebaliknya, suami bersikap manis dan lembut, berbeza perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga mula memberikan anda hadiah kerana ingin menutupi kesalahannya atas perbuatannya yang bermain kayu tiga..


KATA HATI SEORANG ISTERI
Dibandingkan semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih menyakinkan lagi daripada perasaan wanita sendiri. Anda lebih mengenali pasangan daripada orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan perubahan-perubahan dalam dirinya. [ Instinct isteri kuat tau].

Ramai wanita telah melihat tanda-tanda yang ganjil pada suami, tapi berusaha menyingkirkannya jauh dari fikiran. Terpulang pada diri sendiri untuk melakukan tindakkan selanjutnya. Fikirkan jalan sebaiknya dengan fikiran yang tenang meskipun anda sedang terluka. Jangan sampai semuanya sudah terlewat...



share on:facebook

0 comments:

Post a Comment