Kat dapur pun ada petuanya .. nak memasak pun ada petuanya.
- Himpunan petua-petua di dapur
Petua Ayam Goreng Cepat Garing
Ayam goreng yang garing menjadi kegemaran ramai. Untuk menyediakan ayam goreng yang garing, masukkan sedikit air perahan limau nipis ke dalam minyak yang sedang panas. Gorenglah ayam seperti biasa. Anda akan dapati ayam sudah dibalikkan tanpa menunggu lama dan proses memasak lebih singkat.
Petua Bau Nasi Hangit Tiada Lagi
Bagi menghilangkan bau nasi hangit, ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit. Tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.
Cara Mudah Menghalau Semut
Sekiranya bekas menyimpan gula dimasuki semut, masukkan sehelai daun sirih ke dalam bekas menyimpan gula. Biarkan beberapa minit dan semua semut akan keluar dari bekas tersebut.
Petua Hilangkan Bau Hanyir Pada Pinggan
Penggunaan sabun untuk membersihkan pinggan mangkuk yang hanyir disebabkan masakan selalunya masih tidak berkesan. Untuk itu, air perahan limau nipis boleh digunakan. Rendamkan pinggan mangkuk tersebut di dalam air perahan limau yang dicampurkan dengan air suam. Pinggan bukan sekadar hilang bau hanyir, malahan lebih berkilat dan cantik.
Petua Ayam TIdak Berbau Hanyir
Bagi memastikan ayam yang dimasak tidak berbau hanyir, rendam ayam dengan daun pisang. Biarkan selama beberapa minit dan cuci seperti biasa. Pastinya ayam tidak lagi berbau malah lebih sedap bila di masak.
Petua Sambal Lebih Enak
Bagi menghasilkan sambal tumis untuk nasi lemak yang enak, masak sambal seperti biasa tetapi gantikan gula putih kepada gula melaka. Hasilnya sambal akan lebih lazat. Cubalah
Petua Hilangkan Pahit Bunga Betik
Ulaman dari bunga betik mempunyai khasiat tersendiri namun rasanya yang pahit menyebabkan ramai yang mengelak merasainya. Bagi menghilangkan rasa pahit, rebus bunga betik bersama daun jambu batu. Biarkan untuk seketika.
Petua Kek Tidak Melekat
Kek kukus enak kerana kelembutan dan kelembapannya. Bagi mengelakkan kek melekat setelah dimasak hingga menyukarkan ianya dikeluarkan, sapukan mentega pada loyang dan taburkan sedikit tepung.
Note : Ini hanyalah petua, terpulang kepada individu.
share on:facebook
Sunday, June 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment