Demi suami tersayang, isteri sanggup pura-pura puas ...
Setiap hubungan intim yang dilakukan bersama pasangan semestinya diharapkan memberi kepuasan. Tapi hakikatnya tak semua berakhir dengan kenikmatan kerana seks itu sendiri ada pasang surutnya. Tidak dinafikan ada isteri yang tidak mencapai kepuasan tapi berpura-pura menikmatinya. Orgasma atau pura-pura orgasma, suami selalu tidak dapat membezakannya.
ANGGAP SATU KEWAJIPAN
Sesetengah anggapan bahawa setiap wanita seharusnya mencapai orgasma setiap kali melakukan hubungan intam. Wanita percaya bahawa bila orgasma tidak berlaku, aktiviti seksual yang dilakukan akan menjadi kurang sempurna. Mulalah bertindak untuk memalsukan keadaan.
TIDAK MAHU KECEWAKAN SUAMI
Ini mungkin alasan yang kerap diberikan oleh kaum wanita jika ditanya kenapa sanggup memalsukan orgasma. Wanita memahami bahawa lelaki akan merasa gagah dan bangga jika dia berjaya membuatkan pasangannya mencapai puncak kenikmatan. Sebab tidak mahu mengecewakan suami atau tidak mahu suaminya berasa gagal, si isteri pun akan berpura-pura orgasma.
TIDAK PASTI APA ITU ORGASMA
Ada juga wanita yang walaupun sudah bertahun-tahun berumah-tangga tapi tidak tahu apa itu orgasma. Akibatnya sendiri tidak tahu sudah mencapai orgasma ataupun belum dan apakah yang dialami itu orgasma atau bukan.
INGIN CEPAT SELESAI
Bila mood tidak baik, keletihan atau mengantuk, biasanya wanita mahu aktiviti seks dengan sumai cepat selesai. Hendak menolak pastinya sukar, akibat keadaan itu si isteri melakukannya dengan separuh hati dan secepat yang boleh.
MALU JIKA TAK MAMPU
Sebagaimana lelaki, wanita juga akan merasa gagal jika tidak mampu mencapai puncak kenikmatan. Ada sebab lain mengapa wanita tidak mampu mencapainya seperti stres, trauma seks dan sebagainya. Tetapi kerana takut dianggap tak mampu, wanita mula memalsukan orgasma.
namun apa yang jelas bagi seseorang wanita adalah, janganlah menganggap bahawa orgasma adalah satu beban berat hingga anda sanggup menipu ingin mendaptkannya. Anda akan menjadi lebih stress dan kesanya anda akan tak mampu menikmati aktiviti yang seharusnya mengasyikkan. Nikmatilah setiap tahap kegiatan seks itu. Orgasma memang penting namun ia kan lebih bermakna jika anda menikmati sepenuh jiwa dan raga setiap tahap seks itu.
sumber : seksologi MW
share on:facebook
Wednesday, June 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment