Thursday, June 24, 2010
Mengenali Lelaki Melalui Warna
Untuk mengenali lelaki bukannya mudah, pelbagai karakter lelaki yang perlu kita fahami. Jangan mudah kenal pasangan kita dengan hanya melihat cara mereka bercakap mahupun melalui pergaulan mereka. Itu bukan cukup untuk kita mengenali mereka secara mendalam. Kita perlu tahu apa yang pasangan kita suka dan sebaliknya. Cuba kenali pasangan kita melalui warna kegemarannya.
1. Putih
Melambangkan kesucian dan dan kesegaran. Ia simbol seseorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia adalah ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan profesional.
2. Merah
Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan tenaga seksual, juga kemarahan.
3. Jingga
Ia adalah campuran merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.
4. Oren
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah lambang kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal dan daya mental. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.
5. Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan pencarian intelektual dalam berbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga yang mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.
6. Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan dianggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda-benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri. Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu.
7. Unggu.
Ini adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.
8. Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga meambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.
9. Coklat
Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih dan punya prospek masa depan. Jika mahu banyak wang ada yang menyarankan agar memakai warna coklat.
10. Warna campuran
Jika lelaki itu memakai warna campuran, maka perahtikanlah warna-warna itu dan buat interpretasi berdasarkan warna-warna asasnya.
share on:facebook
Labels:
♥ Perhubungan Hati dan Perasaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment