Monday, June 28, 2010

Masalah Seks Golongan Lanjut Usia

Seiring dengan peningkatan usia, keinginan untuk melakukan hubungan seksual mulai menurun. Masalah ini lebih menjurus kepada kebanyakan isteri sedangkan suami pula masih mahu mengecap nikmat hubungan kelamin.

Tidak kira lelaki atau wanita apabila sampai satu tahap, fungsi seksual seseorang pasti akan menurun. Bagaimanapun, penurunan fungsi seksual tidak sampai menimbulkan ketidaksenangan dalam kehidupan seksual bersama pasangan.

Jika anda sebagai suami masih ingin melakukan hubungan seksual dengan baik, ia adalah sesuatu yang wajar. Ini kerana mungkin keadaan fizikal anda yang sangat baik, tidak menghadapi sebarang penyakit atau mengalami gangguan tertentu. Namun kebanyakan masalah ini dilihat datangnya daripada isteri yang menghadapi masalah sehingga terjadinya ketidakselesaan dan kehidupan seksual juga tidak harmonis.

Jika isteri mengadu merasa sakit ketika melakukan hubungan seksual, ia dikenal pasti sebagai satu perubahan yang sering dialami oleh wanita menopaus. Sebagai suami, anda harus memahami bahawa ketika seseorang wanita itu berada ditahap menopaus, rasa sakit pada alat kelamin akan timbul kerana wujudnya penipisan pada lapisan epitel vagina akibat hormon seks yang menurun. Selain itu, ia juga terjadi kerana tiada lagi lendir yang mampu dihasilkan oleh wanita ketika menopaus.

Rasa sakit yang dialami dapat diubati dengan pengambilan hormon. sama ada bagi pihak suami atau isteri. Kaedah ini meningkatkan dorongan seksual dan kualiti hidup anda berdua.

Ia juga berkaitan dengan psikologi anda sendiri. Ini kerana selagi anda memikirkan bahawa hubungan seksual itu sebagai sesuatu yang menyakitkan dan tidak menyeronokkan, ia kan mengganggu kehidupan anda masa depan.

Sumber : Klinik MW



share on:facebook

0 comments:

Post a Comment