Sunday, June 20, 2010

Pengantin Selamanya

Pengantin selamanya pengikat kasih sayang suami ..


Bilik tidur macam tong sampah? Macam mana boleh tidur nyenyak apatah lagi nak bermesra dengan isteri. Malas merupakan penyakit jiwa. Kotor dan tak kemas adalah amalan orang yang stres. Adapun kebersihan itu sebahagian dari tanda keimanan seseorang. Bersih pakaian, rumah, tempat kerja dan yang paling penting bersih hati dan budi pekerti.


Kadang-kadang orang beranggapan bersih dan cantik tu mesti guna duit, mahal!! Tidak semestinya dengan duit saja kita boleh merubah penampilan, mengatur susun bilik tidur dengan kemas, merubah segala-gala yang lama menjadi baru.


Tidur seperti pengantin maknanya menjadikan suasana bilik tidur kita tu penuh dengan cinta dan kasih sayang. Lihatlah pasangan pengantin baru, bilik tidur yang dihias indah dan menanti pada malam hari. Tetapi setelah melewati malam-malam yang panjang selama bertahun-tahun, suasana bagai pengantin tu mula hambar, pudar, luntur. Tak lagi ada romantik seperti dulu, jika bayi di kanan kiri merengek minta susu, suami mula dipinggirkan kerana si isteri sibuk menjadi ibu. Padahal suami hanya mahukan anda sebagai isterinya selama-lamanya, janganlah berubah watak pula dengan menjadi ibu baginya, parah!


Keindahan seri bilik pengantin seakan tak wujud lagi buat selama-lamanya. Sudahlah si suami letih bekerja, tidur pun diganggu. Alahai malang sungguh nasib suami. Impiannya hanya satu, bilakah isterinya kembali menjadi pengantin di hatinya seperti mana dulu.


Sisuami juga .... Sejauh mana usaha suami untuk membangkitkan api kemesraan dan cinta yang membeku. Sudahkan suami pandai memujuk dan memuji?


Layan terhadap isteri haruslah dengan mesra dan lembut bukan mengherdiknya dengan kata-kata kesat, bukan mencari perhatian perempuan lain di atas kelemahan isteri, bukan lari dari masalah, bukan menahan nafkah zahir dan batinnya serta bukan memenuhi hatinya dengan benci dan dendam, bukan....


Sesungguhnya atas nama cinta yang dimanterai dengan nama Allah, cinta ini indah! Sunggun cinta kepada suami dan isteri kita adalah titah perintah Allah yang mesti dijunjung dan mendapat pahala melakukannya.


Rasullah S.A.W mengajarkan anak perempuannya, Fatimah dan suami untuk mengamalkan zikrullah sebelum tidur. Bacalah Subhanallah 33 kali. Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 33 kali sambil membayangkan betapa sayangnya Allah kepada kita, sedangkan ujian yang datang itu tidak bererti apa-apa dibandingkan nikmat-Nya yang banyak.


Nescaya suasana penuh keimanan dalam bilik tidur anda mampu menjaga suami dari gangguan dunia di luar sana. . .



Oleh : Dr Hj Juanda.


share on:facebook

0 comments:

Post a Comment