Wednesday, June 30, 2010

Isteri Pura-Pura Puas

Demi suami tersayang, isteri sanggup pura-pura puas ...

Setiap hubungan intim yang dilakukan bersama pasangan semestinya diharapkan memberi kepuasan. Tapi hakikatnya tak semua berakhir dengan kenikmatan kerana seks itu sendiri ada pasang surutnya. Tidak dinafikan ada isteri yang tidak mencapai kepuasan tapi berpura-pura menikmatinya. Orgasma atau pura-pura orgasma, suami selalu tidak dapat membezakannya.

ANGGAP SATU KEWAJIPAN
Sesetengah anggapan bahawa setiap wanita seharusnya mencapai orgasma setiap kali melakukan hubungan intam. Wanita percaya bahawa bila orgasma tidak berlaku, aktiviti seksual yang dilakukan akan menjadi kurang sempurna. Mulalah bertindak untuk memalsukan keadaan.


TIDAK MAHU KECEWAKAN SUAMI
Ini mungkin alasan yang kerap diberikan oleh kaum wanita jika ditanya kenapa sanggup memalsukan orgasma. Wanita memahami bahawa lelaki akan merasa gagah dan bangga jika dia berjaya membuatkan pasangannya mencapai puncak kenikmatan. Sebab tidak mahu mengecewakan suami atau tidak mahu suaminya berasa gagal, si isteri pun akan berpura-pura orgasma.


TIDAK PASTI APA ITU ORGASMA
Ada juga wanita yang walaupun sudah bertahun-tahun berumah-tangga tapi tidak tahu apa itu orgasma. Akibatnya sendiri tidak tahu sudah mencapai orgasma ataupun belum dan apakah yang dialami itu orgasma atau bukan.


INGIN CEPAT SELESAI
Bila mood tidak baik, keletihan atau mengantuk, biasanya wanita mahu aktiviti seks dengan sumai cepat selesai. Hendak menolak pastinya sukar, akibat keadaan itu si isteri melakukannya dengan separuh hati dan secepat yang boleh.


MALU JIKA TAK MAMPU
Sebagaimana lelaki, wanita juga akan merasa gagal jika tidak mampu mencapai puncak kenikmatan. Ada sebab lain mengapa wanita tidak mampu mencapainya seperti stres, trauma seks dan sebagainya. Tetapi kerana takut dianggap tak mampu, wanita mula memalsukan orgasma.


namun apa yang jelas bagi seseorang wanita adalah, janganlah menganggap bahawa orgasma adalah satu beban berat hingga anda sanggup menipu ingin mendaptkannya. Anda akan menjadi lebih stress dan kesanya anda akan tak mampu menikmati aktiviti yang seharusnya mengasyikkan. Nikmatilah setiap tahap kegiatan seks itu. Orgasma memang penting namun ia kan lebih bermakna jika anda menikmati sepenuh jiwa dan raga setiap tahap seks itu.


sumber : seksologi MW



share on:facebook

Tanda-tanda Suami Curang

Lelaki ni dia tak ada sikap teliti macam wanita, sebab itulah banyak kes kecurangan suami dapat dikesan si isteri dengan mudah. Si suami yang tak setia ni berusaha menutupi hubungan sulit mereka tapi sebab tak berhati-hati mereka-mereka ni telah meninggalkan beberapa petunjuk yang membolehkan para isteri ni menjejaki aktiviti 'gelap' si suami ni. Rasanya jika ada tanda-tanda yang di bawah ini dapat memberikan kepastian terhadap perasaan curiga terhadap lelaki yang kita kasihi sedang bermain cinta dengan wanita lain.. Andaian saja ...



TELEFON BIMBIT SUAMI
Tidak dibenarkan memegang sama sekali telefon bimbit suami. Jika dahulu dia letak saja dimana-mana telefon bimbit tu, dan tak kisah pun kalau si isteri cuba mengangkat telefon tu bila berdering. Tapi sejak kebelakangan ini langsung tidak benarkan si isteri menyentuhnya dan si isteri langsung tak nampak pun telefon bimbit suami seperti sebelum ni. Senang cakap dah disembunyikan dari mata si isteri. Haaa maka lakukan lah siasatan lanjut.

Mengapa? Sebab hubungan sulit boleh dikesan dengan melihat senarai panggilan atau mesej-mesej di telefon tu. Itu pun kalau dapatlah pegang telefon bimbitnya. Ataupun semua panggilan dan mesej-mesej telah dipadam semuanya .. [ Fikir-fikirkan lah]

GAYA BERUBAH
Jika suami dulu tak kisah pun pasal penampilan atau gaya-gaya sekarang, tapi sejak dua menjak ni dia mula berubah sikap. Dulu tidak pun sembur minyak wangi tapi sekarang aroma minyak wangi setiap hari. Sebabnya jika seseorang lelaki mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambut, kuku atau kulitnya, dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain. Kata pakar psikologi, pakaian baru, kasut baru dan aroma minyak wangi mahal yang baru adalah tanda-tanda bahawa seorang lelaki sedang mencuba atau sudah berlaku curang. [ Tapi kalau berubah penampilan untuk isteri , tak apa juga kan]

HUBUNGAN SEKS YANG BERUBAH
Ada sesetengah isteri yang merasa lega bila suami tidak mahu melakukan hubungan seks. Jika suami sudah tidak tertarik lagi untuk melakukan hubungan seks dengan anda, tidak mustahil dia telah ....... [ Dijauhkan .. ]


SERING MENGHILANGKAN DIRI
Mula keluar awal ke tempat kerja, menghabiskan waktu lebih lama di luar rumah atau sering ke luar daerah. Berhati-hatilah jika kegiatan tersebut semakin kerap dan berlangsung lebih lama dari biasanya. dan yang parah bila tidak dapat dihubungi ketika dia berada jauh dari kita. Panggilan tidak di jawab, SMS tidak dibalas dan silap-silap telefon bimbit suami " no yang anda dail berada di luar kawasan liputan, terima kasih" .

PENGGUNAAN WANG YANG BERLEBIHAN
Perhatikan juga situasi kewangannya yang mungkin sudah 'sengkek' walaupun masih di awal bulan. Perbelanjaan yang tak masuk di akal, seperti penginapan di hotel atau membeli keperluan yang mahal-mahal, nak kena selidik juga ni.

CARA LAYANAN BERUBAH
Dulu suami layan isteri bukan main baik sekali. Peramah , penyayang dan bila di tanya suami kan melayan dengan baik ketika berbual tapi kini berubah sikap menjadi mudah marah. Silap-silap isteri kena kritik dengan suami tak pandai bergaya, tak pandai berbicara, masak pun dah tak sedap. Haa kan macam ada sesuatu yang tak kena dengan suami. Mulalah mudah bertengkar dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan penyelesaiannya. Mungkin dia membanding-bandingkan anda dengan teman barunya.

Tapi ada juga sebaliknya, suami bersikap manis dan lembut, berbeza perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga mula memberikan anda hadiah kerana ingin menutupi kesalahannya atas perbuatannya yang bermain kayu tiga..


KATA HATI SEORANG ISTERI
Dibandingkan semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih menyakinkan lagi daripada perasaan wanita sendiri. Anda lebih mengenali pasangan daripada orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan perubahan-perubahan dalam dirinya. [ Instinct isteri kuat tau].

Ramai wanita telah melihat tanda-tanda yang ganjil pada suami, tapi berusaha menyingkirkannya jauh dari fikiran. Terpulang pada diri sendiri untuk melakukan tindakkan selanjutnya. Fikirkan jalan sebaiknya dengan fikiran yang tenang meskipun anda sedang terluka. Jangan sampai semuanya sudah terlewat...



share on:facebook

Tuesday, June 29, 2010

Ayat Yang Tak Patut Diungkap Pada Wanita

Jika lelaki terkenal dengan ego yang menebal dalam diri maisng-masing, wanita juga sudah pastinya mempunyai pendirian yang sama. Jika anda ingin memiliki hati wanita sepenuhnya, ayat-ayat yang tak patut anda nyatakan kepada wanita. Jika anda masih melakukannya, bermakna anda tidak memahami hati wanita itu.

- " Boleh saya pegang tangan awak?"

- " Boleh saya mengajak awak keluar ?"

- "Adakah awak menyukai saya?"

- "Saya tinggalkan mesej untuk awak tapi awk tak reply pun. kenapa?"

- " Sebelum ini dah berapa ramai teman lelaki awak?"

- "Apa yang awak nak laukan selepas ni?"

- " Awak nampak gemuk lah pakai macam ni"

- Bercerita yang buruk tentang kawan-kawannya.

- Bercakap tentang masa depan .



share on:facebook

Monday, June 28, 2010

Masalah Seks Golongan Lanjut Usia

Seiring dengan peningkatan usia, keinginan untuk melakukan hubungan seksual mulai menurun. Masalah ini lebih menjurus kepada kebanyakan isteri sedangkan suami pula masih mahu mengecap nikmat hubungan kelamin.

Tidak kira lelaki atau wanita apabila sampai satu tahap, fungsi seksual seseorang pasti akan menurun. Bagaimanapun, penurunan fungsi seksual tidak sampai menimbulkan ketidaksenangan dalam kehidupan seksual bersama pasangan.

Jika anda sebagai suami masih ingin melakukan hubungan seksual dengan baik, ia adalah sesuatu yang wajar. Ini kerana mungkin keadaan fizikal anda yang sangat baik, tidak menghadapi sebarang penyakit atau mengalami gangguan tertentu. Namun kebanyakan masalah ini dilihat datangnya daripada isteri yang menghadapi masalah sehingga terjadinya ketidakselesaan dan kehidupan seksual juga tidak harmonis.

Jika isteri mengadu merasa sakit ketika melakukan hubungan seksual, ia dikenal pasti sebagai satu perubahan yang sering dialami oleh wanita menopaus. Sebagai suami, anda harus memahami bahawa ketika seseorang wanita itu berada ditahap menopaus, rasa sakit pada alat kelamin akan timbul kerana wujudnya penipisan pada lapisan epitel vagina akibat hormon seks yang menurun. Selain itu, ia juga terjadi kerana tiada lagi lendir yang mampu dihasilkan oleh wanita ketika menopaus.

Rasa sakit yang dialami dapat diubati dengan pengambilan hormon. sama ada bagi pihak suami atau isteri. Kaedah ini meningkatkan dorongan seksual dan kualiti hidup anda berdua.

Ia juga berkaitan dengan psikologi anda sendiri. Ini kerana selagi anda memikirkan bahawa hubungan seksual itu sebagai sesuatu yang menyakitkan dan tidak menyeronokkan, ia kan mengganggu kehidupan anda masa depan.

Sumber : Klinik MW



share on:facebook

Manfaat Pengambilan Udang

Menjaga kesihatan kardiovaskular kerana kandungan asid lemak esensial akan menurunkan kolesterol jahat dan mencegah penggumpulan kepingan darah atau aterosklerosis.

  • Memenuhi keperluan protein dengan asid amino berprofil lengkap yang mudah diserap tubuh.
  • Sangat sesuai untuk menu diet kerana kalorinya yang rendah.
  • Memaksimumkan berbagai fungsi organ-organ vital tubuh kerana mempunyai pelbagai kandungan vitaminnya.
  • Sebagai antiodsidan yang mampu menjaga kesihatan fungsi kekebalan tubuh, anti radikal bebas penyebab 50 macam penyakit degeneratif dan membantu pengeluaran antibodi dengan kandungan selenium yang sangat tinggi.
  • membantu kerja lebih dari 70 jenis enzim, hormon, dan proses biosintesis dalam tubuh lainnya dengan kandungan zinknya.
  • Sangat penting untuk kecerdesan dan pertumbuhan anak kerana tinggi vitamin D, B12 dan Omega 3.
  • Mencegah penyakit darah rendah dan berperanan dalam pembentukan sel darah merah kerana kandungan besi dan zink yang tinggi.
  • Menjaga kesihatan mata dengan kandungan vitamin A.
  • Menjaga kesihatan kulit kerana kandungan vitamin E dan niasin yang tinggi.
  • Menjaga kesihatan tulang, gigi dan sendi dengan kandungan vitamin D, kalsium dan potassium yang tinggi.

* Rujukan : Info Sihat MW



share on:facebook

Sunday, June 27, 2010

Petua-Petua Dari Dapur

Kat dapur pun ada petuanya .. nak memasak pun ada petuanya.
- Himpunan petua-petua di dapur

Petua Ayam Goreng Cepat Garing
Ayam goreng yang garing menjadi kegemaran ramai. Untuk menyediakan ayam goreng yang garing, masukkan sedikit air perahan limau nipis ke dalam minyak yang sedang panas. Gorenglah ayam seperti biasa. Anda akan dapati ayam sudah dibalikkan tanpa menunggu lama dan proses memasak lebih singkat.


Petua Bau Nasi Hangit Tiada Lagi
Bagi menghilangkan bau nasi hangit, ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit. Tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.


Cara Mudah Menghalau Semut
Sekiranya bekas menyimpan gula dimasuki semut, masukkan sehelai daun sirih ke dalam bekas menyimpan gula. Biarkan beberapa minit dan semua semut akan keluar dari bekas tersebut.


Petua Hilangkan Bau Hanyir Pada Pinggan
Penggunaan sabun untuk membersihkan pinggan mangkuk yang hanyir disebabkan masakan selalunya masih tidak berkesan. Untuk itu, air perahan limau nipis boleh digunakan. Rendamkan pinggan mangkuk tersebut di dalam air perahan limau yang dicampurkan dengan air suam. Pinggan bukan sekadar hilang bau hanyir, malahan lebih berkilat dan cantik.


Petua Ayam TIdak Berbau Hanyir
Bagi memastikan ayam yang dimasak tidak berbau hanyir, rendam ayam dengan daun pisang. Biarkan selama beberapa minit dan cuci seperti biasa. Pastinya ayam tidak lagi berbau malah lebih sedap bila di masak.


Petua Sambal Lebih Enak
Bagi menghasilkan sambal tumis untuk nasi lemak yang enak, masak sambal seperti biasa tetapi gantikan gula putih kepada gula melaka. Hasilnya sambal akan lebih lazat. Cubalah


Petua Hilangkan Pahit Bunga Betik
Ulaman dari bunga betik mempunyai khasiat tersendiri namun rasanya yang pahit menyebabkan ramai yang mengelak merasainya. Bagi menghilangkan rasa pahit, rebus bunga betik bersama daun jambu batu. Biarkan untuk seketika.


Petua Kek Tidak Melekat
Kek kukus enak kerana kelembutan dan kelembapannya. Bagi mengelakkan kek melekat setelah dimasak hingga menyukarkan ianya dikeluarkan, sapukan mentega pada loyang dan taburkan sedikit tepung.



Note : Ini hanyalah petua, terpulang kepada individu.



share on:facebook

Saturday, June 26, 2010

Kata Mutiara

Mutiara kata yang telah di himpunnkan dari pencarian di internet .. :) hehehe copy paste je.

# Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.

# Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..

# Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.

# Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

# Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

# Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali

# Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.

# Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

# Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.

# Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.




share on:facebook

Thursday, June 24, 2010

Ujian Allah Untuk Hamba Yang Disayangi

Hidup tidak selalunya indah. Inilah ungkapan yang sering kita dengar, yang mengingatkan kita tentang putaran hidup. Ibarat roda, hari ini kita berada di atas dan esok belum pasti di mana kedudukan kita. Hari ini kita disanjung, mungkin esok kita dinista. Itulah yang dinamakan dugaan. Allah memang sentiasa akan menduga umatnya. Ada yang diduga dengan masalah keluarga, kesihatan, pekerjaan, anak-anak, perhubungan dan pelbagai yang kadang-kadang tidak terduga langsung oleh kita.

Orang yang selalunya bijak, berani(dengan pelbagai kemuliaan), tiba-tiba menjadi kecil dan lemah. Lenyap segala ego dan lemah kekuatan walaupun untuk membela diri sendiri. Ketika itu hanya kepada Allah tempat mengadu dan meminta pertolongan. Itu pun jika dia diberikan hidayah.

"Orang yang diduga dengan hebat adalah orang-orang yang disayangi Allah". Sejauh manakah kebenaran kata-kata itu? Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Namun yang pasti, siapa yang tidak mahu menjadi di kalangan orang-orang yang disayangi Allah?


KEIMANAN
Bagaimana hebatnya dugaan diterima, hidup mesti diteruskan. Dugaan yang datang itu sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya sesungguhnya, iman perlu diuji. Jika diberi pilihan, semua orang inginkan kehidupan yang indah-indah belaka. Tetapi jika kehidupan tidak diuji, akan membuatkan kita lalai. Kerana itu Allah sengaja ingin menguji hambanya kerana ingin mengetahui sejauh mana keimanan hamba-Nya.

Perlu diingat, Allah tidak memilih-milih dalam soal memberi ujian. Orang-orang yang beriman juga tidak terlepas dari ujian. Tujuannya tidak lain untuk mengukur kadar keimanan seseorang, disamping untuk mengetahui apakah orang tersebut benar-benar beriman, ikhlas atau sekadar lakonan semata-mata.



* Sandarkan Harapan Kepada Allah
Setiap ujian yang mendatang, pasti ada hikmahnya. Yakinlah dalam diri bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi akan ada kesenangan yang menanti di penghujungnya.


* Minta Pertolongan Dari Allah
Setiap dugaan datangnya dari Allah, jadi padanya tempat untuk meminta pertolongan.


* Kawal Kesedihan
Tidak dinafikan, saat menghadapi dugaan adalah saat yang cukup menyedihkan dan membuatkan seseorang itu terlalu kecewa. Namun sebagai mukmin yang beriman, jika kita sedih janganlah terlalu sedi, sebagaimana jika kita gembira, janganlah terlalu gembira.


* Jangan Terlalu Memendam Perasaan
Luahkan segala masalah dan apa juga yang terbuku di hati kepada teman yang benar-benar boleh dipercayai walaupun teman itu tidak dapat membantu, sekurang-kurangnya apabila kita sudah meluahkan segala yang mebebankan perasaan, kita akan menjadi lebih tenang dan meringankan bebanan.

* Bandingkan Masalah Anda Dengan Masalah Orang Lain
Mungkin masalah orang lain berat daripada masalah yang sedang kita hadapi. Cara ini akan membuatkan kita lebih tenang.


TUJUAN ALLAH MENDUGA HAMBANYA

# Membersihkan dan memilih antara mukmin sejati denga mukmin munafik.
# Mengangkat darjat dan menghapuskan dosa.
# membentuk keperibadian insan sehingga menjadi pmbela kebnaran sejati.



share on:facebook

Agar Suami Panjang Umur

Isteri yang soleh dan taat adalah dambaan setiap lelaki. Antara ciri-ciri isteri yang solehah dan taat ialah yang sentiasa berusaha untuk membahagiakan suami dan berusaha agar suami panjang umur.


JANGAN BANYAK SOAL
Ramai isteri yang gemar bertanya dan memberikan soalan yang bertalu-talu dan bukan-bukan pada suami. Contohnya apabila suami pulang dari bekerja, isteri bukan bertanya samada suami sudah makan atau belum bahkan akan bertanya, makan apa, di mana, dengan siapa dan macam-macam lagi. Lelaki sebenarnya tidak gemar pada soalan yang remeh temeh begitu. Kalau nak bermesra dan bermanja pun, tunggulah sehingga suami dah berehat-rehat.


BANYAKKAN MEMUJI
Puji dengan ikhlas, bukannya menyindir. Dengan pujian itu sekurang-kurangnya suami terasa bangga dan dihargai. Pujian yang ikhlas dari seorang isteri akan memberi kekuatan kepada suami. Walau pun isteri menghabiskan sepenuh masa di rumah, tetapi isteri tetap ada masa untuk mengikuti perkembangan suami.


PELUK SUAMI
Sekurang-kurangnya 10 kali sehari dan sekali peluk sekurang-kurangnya 10 saat. Sesungguhnya pelukan antara suami dan isteri itu akan mengalirkan perasaan cinta antara keduanya.

BERI SUAMI APA YANG DIA MAHUKAN SEBELUM DIA MEMINTA.



share on:facebook

Lelaki Idaman Wanita

Lelaki Bagaimana Jadi Pilihan?

Jika anda belum mempunyai pasangan dan ingin berubah diri agar mudah didampingi wanita ...

* PERCAYA DIRI
Wanita suka jika lelaki mempunyai keyakinan diri

* SUKA HUMOR
Jangan terlalu serius, kerana wanita akan berasa cepat bosan!

* TAHU KEHENDAK WANITA
Sebab itu 'playboy' mudah mendampingi wanita kerana dia tahu apa yang diinginkan
oleh wanita.. tapi jangan sengaja ingin jadi playboy.

* BERJAYA
Siapa yang akan kagum dengan lelaki yang gagal, semua wanita sukakan lelaki yang berjaya dalam karier dan hidup.

* BIJAK - SPEAKY IS SEXY?
Pernah dengar wanita mengatakan lelaki bijak itu seksi? Memang tepat.

* ROMANTIK
Satu perkara yang kebanyakan lelaki abaikan..bila mengatakan sesuatu yang mesra terhadap wanita. Tataplah matanya...sentuhlah tangannya.. setiap wanita akan merasa amat dihargai dan selesa ..



share on:facebook

Mengenali Lelaki Melalui Warna


Untuk mengenali lelaki bukannya mudah, pelbagai karakter lelaki yang perlu kita fahami. Jangan mudah kenal pasangan kita dengan hanya melihat cara mereka bercakap mahupun melalui pergaulan mereka. Itu bukan cukup untuk kita mengenali mereka secara mendalam. Kita perlu tahu apa yang pasangan kita suka dan sebaliknya. Cuba kenali pasangan kita melalui warna kegemarannya.

1. Putih
Melambangkan kesucian dan dan kesegaran. Ia simbol seseorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia adalah ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan profesional.

2. Merah
Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan tenaga seksual, juga kemarahan.

3. Jingga
Ia adalah campuran merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

4. Oren
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah lambang kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal dan daya mental. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.

5. Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan pencarian intelektual dalam berbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga yang mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

6. Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan dianggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda-benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri. Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu.

7. Unggu.
Ini adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

8. Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga meambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

9. Coklat
Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih dan punya prospek masa depan. Jika mahu banyak wang ada yang menyarankan agar memakai warna coklat.

10. Warna campuran
Jika lelaki itu memakai warna campuran, maka perahtikanlah warna-warna itu dan buat interpretasi berdasarkan warna-warna asasnya.



share on:facebook

Wednesday, June 23, 2010

Gerammmmmmm

huh dia buat lagi !!!!




share on:facebook

Tuesday, June 22, 2010

Bila Rindu Datang Lagi



rindu
menyesakkan dada!
merungsingkan hati!
rindu!
inginku berlari kepadanya
sekadar ucapkan
AKU RINDU PADAMU!


--------------------------------------------------------------------

rindu...
bila aku berkata aku rindu
ada yang bertanya
rinduku untuk siapa?
bila aku katakan padanya
mungkin rinduku untuknya
senyuman menguntum sendiri
membatukan diri buat seketika
tapi hatiku beria mengaku
sememangnya rinduku untuknya

***********************************************************

Rindu itu mengasyikkan...
Rindu itu melalaikan...
Rindu itu menyakitkan...
Ku tertanya-tanya...
Adakah dia merasai...
apa yang ku rasai?
Andai dia juga merasai
apa yang kurasai...
Mungkinkah
Rindu kami akan bersatu
suatu hari nanti.

-------------------------------------------------------------------

rindu..
kalimah itu ku tatap pilu..
rapi ku simpan dlm lipatan hati..
rindu yang x terucap..
tiada kesempatan lagi..
setelah kau mengundur lalu..
rindu..
ku rindu pada peluang utk mengatakan rindu..
pada kasih yang telah lama sepi...


************************************************************
.... dan dalam meluahkan kerinduan ini...
sebenarnya....
aku lebih merindui mu dari kau merindui ku......

---------------------------------------------------------------------

wahai yang dimabuk cinta
Wahai yg tercekam rindu kerana perpisahan panjang
Bersabarlah, siapa tahu esok
engkau bertemu kekasih yang kamu cinta

*************************************************************
...tahukukah kau rindu ini membuatkan
aku menarik nafas yang paling dalam!!!

share on:facebook

Sunday, June 20, 2010

Pengantin Selamanya

Pengantin selamanya pengikat kasih sayang suami ..


Bilik tidur macam tong sampah? Macam mana boleh tidur nyenyak apatah lagi nak bermesra dengan isteri. Malas merupakan penyakit jiwa. Kotor dan tak kemas adalah amalan orang yang stres. Adapun kebersihan itu sebahagian dari tanda keimanan seseorang. Bersih pakaian, rumah, tempat kerja dan yang paling penting bersih hati dan budi pekerti.


Kadang-kadang orang beranggapan bersih dan cantik tu mesti guna duit, mahal!! Tidak semestinya dengan duit saja kita boleh merubah penampilan, mengatur susun bilik tidur dengan kemas, merubah segala-gala yang lama menjadi baru.


Tidur seperti pengantin maknanya menjadikan suasana bilik tidur kita tu penuh dengan cinta dan kasih sayang. Lihatlah pasangan pengantin baru, bilik tidur yang dihias indah dan menanti pada malam hari. Tetapi setelah melewati malam-malam yang panjang selama bertahun-tahun, suasana bagai pengantin tu mula hambar, pudar, luntur. Tak lagi ada romantik seperti dulu, jika bayi di kanan kiri merengek minta susu, suami mula dipinggirkan kerana si isteri sibuk menjadi ibu. Padahal suami hanya mahukan anda sebagai isterinya selama-lamanya, janganlah berubah watak pula dengan menjadi ibu baginya, parah!


Keindahan seri bilik pengantin seakan tak wujud lagi buat selama-lamanya. Sudahlah si suami letih bekerja, tidur pun diganggu. Alahai malang sungguh nasib suami. Impiannya hanya satu, bilakah isterinya kembali menjadi pengantin di hatinya seperti mana dulu.


Sisuami juga .... Sejauh mana usaha suami untuk membangkitkan api kemesraan dan cinta yang membeku. Sudahkan suami pandai memujuk dan memuji?


Layan terhadap isteri haruslah dengan mesra dan lembut bukan mengherdiknya dengan kata-kata kesat, bukan mencari perhatian perempuan lain di atas kelemahan isteri, bukan lari dari masalah, bukan menahan nafkah zahir dan batinnya serta bukan memenuhi hatinya dengan benci dan dendam, bukan....


Sesungguhnya atas nama cinta yang dimanterai dengan nama Allah, cinta ini indah! Sunggun cinta kepada suami dan isteri kita adalah titah perintah Allah yang mesti dijunjung dan mendapat pahala melakukannya.


Rasullah S.A.W mengajarkan anak perempuannya, Fatimah dan suami untuk mengamalkan zikrullah sebelum tidur. Bacalah Subhanallah 33 kali. Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 33 kali sambil membayangkan betapa sayangnya Allah kepada kita, sedangkan ujian yang datang itu tidak bererti apa-apa dibandingkan nikmat-Nya yang banyak.


Nescaya suasana penuh keimanan dalam bilik tidur anda mampu menjaga suami dari gangguan dunia di luar sana. . .



Oleh : Dr Hj Juanda.


share on:facebook

Saturday, June 19, 2010

Bila Mentos+Coke







Tetiba hari ni terbaca pula email dari kawan, walaupun cerita ni dah lama dan mungkin semua dah tahu ... Sebab apa baru sebentar tadi anak yang kecil makan mentos fruity, memang gula² kesukaan dia .. Pastu tunjuk gambar ni kat dia , pandai plak tu dia cakap .. " that's my sweets " .



Mula la cakap kat dia , kalau adik makan sweets tu banyak² nanti dalam perut adik jadi mcm tu. Hehehe sebenarnya nak ckp panjang² takut pula dia x faham.



* Seorang kanak-kanak lelaki di Brazil telah mati selepas makan mentos/polo's bersama coca-cola/pepsi.















share on:facebook

Thursday, June 17, 2010

Kata-kata











Mengisi Masa ....

















share on:facebook

tension

Hidup tidak selalunya indah
Senyum tidak semestinya gembira
Menangis tidak semestinya sedih
Tapi apabila ketawa ilang segala rasa di dada.

** boring sebenarnya ni..
share on:facebook

Kekecewaan








share on:facebook

Hadis


Himpunan kata dari hadis .... nak cari lagi hadis=hadis yang menarik untuk di kongsi bersama ... Ada ke? meh la sumbang kan .. :)


share on:facebook

Thursday, June 10, 2010

Mutiara Kata












Mutiara-mutiara kata ...
Indah










share on:facebook

All My Love



share on:facebook

Broken Heart



share on:facebook

Kunci Hati








share on:facebook