Thursday, October 21, 2010

Tip Kuku Cantik

Bukan sahaja membantu anda menjaga kebersihan, sebaliknya turut mencantikkan kuku anda.
  • Cuci bersih tangan dengan menggunakan sabun cuci tangan. Pastikan setiap bahagian kuku terkena sabun, untuk menghilangkan debu dan kuman yang melekat. Kemudian bilas hingga bersih.
  • Gunting dan bentuk kuku sesuai keinginan anda. Sebelum mula membentuk kuku, kikir terlebih dahulu dengan alat pengikir kuku, mulai dari bahagian hujung luar kuku ibu jari sampai jari kelingking. Kikir hujung kuku ke arah bawah, agar permukaan kuku menjadi halus.
  • Setelah permukaan jari jemari halus, mulailah untuk membentuk kuku dengan menggunakan satu set peralatan gunting kuku.
  • Agar kuku terlihat natural dan bersinar, gunakanlah nail buffer untuk menghaluskan dan mengkilapkan permukaan kuku anda. Keadaan kuku yang bersinar dan berkilau mampu bertahan selama satu minggu bahkan lebih dari itu.
  • Gunakan krim tangan untuk menjaga kelembapan dan kelembutan tangan.
  • Bagi anda yang gemar menggigit kuku sendiri, hentikan segera tabiat ini kerana, selain kuman mudah masuk ke dalam tubuh, kebiasaan menggigit kuku juga akan merosakkan penampilan kuku anda.


share on:facebook

0 comments:

Post a Comment