• KURANG PERHATIAN
Inilah alasan atau punca paling utama seorang wanita ataupun isteri mula melakukan hubungan sulit. Sering ditinggalkan suami atau kerap diabaikan membuat wanita mula rasa terpinggir. Selain itu sikap suami yang tidak perihatin atau peka tentenag isteri juga membuatkan wanita mudah merasa bosan.
• TERLALU BANYAK PERBEZAAN
Ramai yang mengatakan perbezaan antara dua insanlah yang membuatkan perhubungan lebih menyeronokkan. Namun sekiranya perbezaan itu terlalu banyak dan besar maka akan ada ruang untuk berlaku kecurangan.
• BERUBAH SIKAP DAN PENAMPILAN
Ada juga penyebabnya kerana perubahan sikap suami setelah berumahtangga. Jika dulu romantik dan penuh kasih sayang kini semuanya entah ke mana. Sikap yang didambakan setiap wanita sudah tiada lagi.
• PERHATIAN DARI LELAKI LAIN
Wanita akan merasakan getaran yang berbeza jika mendapat perhatian lelaki selain dari pasangan mereka. Tidak tahan godaan mereka mungkin akan terjebak dengan individu yang memerhatikan dirinya.
• BALAS RASA SAKIT HATI
Boleh juga isteri berlaku curang hanya kerana ingin membalas sakit hati akibat hubungan sulit yang dilakukan pasangannya. Sekalipun wanita lebih banyak menyimpannya dalam hati namun ada juga yang berani untuk 'menyamakan' langkah.
• TARIKAN MATERIAL
Semua wanita mahukan lelaki yang dapat memberikan kesenangan baik dari aspek kasih sayang dan juga materialnya. Tapi ada wanita yang memberi lebih tumpuan daripada segi material. Sekiranya bertemu dia tidak teragak-agak untuk berpaling dan meninggalkan pasangannya.
share on:facebook
Friday, October 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment