o NAFSU SEKS
Suami berasa isterinya sudah tidak lagi memiliki ghairah yang sama seperti dulu. Pasangan dianggap sudah tidak mempunyai daya tarikan seks selain bosan dengan hubungan jangka panjang yang tiada pembaharuan.
o BALAS DENDAM
Kadang-kadang alasannya kerana si isteri yang melakukannya lebih dulu. Suami melakukan mencari kekasih lain kerana pasangannya telah berpaling pada lelaki lain selain dirinya.
o MEMANG KAKI PEREMPUAN
Ada lelaki yang tidak mampu melupakan nikmat memburu, mengejar dan menakluki wanita yang mungkin sudah biasa dilakukan ketika bujang dahulu.
o SUDAH TABIAT
Kalau sekali pernah melakukannya dan tidak diketahui pula oleh pasangan maka pasti ada ruang untuk melakukannya untuk kali kedua. Godaan untuk meneruskan hal yang sama ada datang berulang-ulang dan ramai lelaki tidak terdaya menahannya.
o KEEGOAN
Perasaan ini timbul bila mendapati bahawa ada wanita yang masih tertarik secara seksual dengan dirinya selain daripada pasangan yang sah. Rasa ego mula meninggi bila ada pula wanita yang mahu mendampingi dan melayaninya.
o DIGODA
"Takkan kucing menolak ikan didepan mata", pepatah ini memang kena terutama untuk lelaki yang mata keranjang. Tapi ada juga lelaki yang tidak berniat untuk mencari kekasih lain namun melakukannya kerana digoda oleh wanita. Tak tahan godaan akhirnya isteri diduakan.
share on:facebook
Friday, October 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment