Kalau dah perempuan, perempuan juga!
Mengumpat dan menjaja keaiban orang lain tidak pernah lekang di bibir mereka yang berbakat dalam bidang umpat-mengumpat. Lebih buruk, tak kira di mana sekalipun, kalau ada kesempatan untuk mengumpat pasti golongan yang mempunyai aroma kata-mengata ini tidak akan melepaskan peluang yang terhidang.
Hai, apalah nak jadi!
Baru-baru ni adalah terdengar seorang wanita yang sedang bersembang dengan rakannya. Segala cerita buruk dan berselang seli perkataan kesat yang dilemparkan. Suka hati koranglah nak buat apa. Lagipun kubur masing-masing, sendiri celupar sendiri tanggung.
Hmm... sudah dijadikan manusia itu bermacam-macam ragam dan cara. Namun, terpulang kepada diri kita sendiri untuk membentuk keperibadian diri.
... Tepuk dada, tanya selera.
.. petikan di ats adalah serba sedikit dari penulisan MAT LAGA di HM.
share on:facebook
Friday, October 29, 2010
Thursday, October 21, 2010
Tip Kuku Cantik
Bukan sahaja membantu anda menjaga kebersihan, sebaliknya turut mencantikkan kuku anda.
share on:facebook
- Cuci bersih tangan dengan menggunakan sabun cuci tangan. Pastikan setiap bahagian kuku terkena sabun, untuk menghilangkan debu dan kuman yang melekat. Kemudian bilas hingga bersih.
- Gunting dan bentuk kuku sesuai keinginan anda. Sebelum mula membentuk kuku, kikir terlebih dahulu dengan alat pengikir kuku, mulai dari bahagian hujung luar kuku ibu jari sampai jari kelingking. Kikir hujung kuku ke arah bawah, agar permukaan kuku menjadi halus.
- Setelah permukaan jari jemari halus, mulailah untuk membentuk kuku dengan menggunakan satu set peralatan gunting kuku.
- Agar kuku terlihat natural dan bersinar, gunakanlah nail buffer untuk menghaluskan dan mengkilapkan permukaan kuku anda. Keadaan kuku yang bersinar dan berkilau mampu bertahan selama satu minggu bahkan lebih dari itu.
- Gunakan krim tangan untuk menjaga kelembapan dan kelembutan tangan.
- Bagi anda yang gemar menggigit kuku sendiri, hentikan segera tabiat ini kerana, selain kuman mudah masuk ke dalam tubuh, kebiasaan menggigit kuku juga akan merosakkan penampilan kuku anda.
share on:facebook
Seks Tengah Malam
Seks tengah malam : Suami puas, isteri terseksa
Serangan seks di tengah malam menjanjikan kenikmatan tersendiri bagi kaum lelaki. Ia bakal menghilangkan rasa penat dan memulihkan kembali stamina mereka. Tapi apakah isteri merasakan perkara yang sama?
Bagi wanita permintaan seks di tengah malam dianggap sebagai gangguan selain langsung tidak punya mood untuk melakukannya.
Lelaki yang merasakn seks tengah malam lebih nikmat daripada waktu biasa sebenarnya menunjukkan sikap egois mereka. Perlu diketahui, tidak semua isteri menyenangi pilihan waktu seks suami. Sekiranya isteri senang mengadakan seks di pagi hari, maka lakukannya di pagi hari kerana pada masa tersebut isteri mungkin akan mudah mencapai orgasma.
Biasanya, fenomena midnight attack terjadi pada pasangan suami isteri yang baru berkahwin, jarang sekali berlaku pada pasangan yang sudah lama mendirikan rumahtangga. Sebabnya wanita yang lebih berusia biasanya cenderung memilih waktu untuk hubungan seks, selain berani menolak. Sedangkan wanita muda atau yang baru mendirikan rumahtangga takut menolak, bimbang dimarahi suami atau takut mereka akan berlaku curang.
Sebenarnya hubungan seks dengan pasangan bukan semudah membalik telapak tangan. Berhubungan seks memerlukan persiapan bukan terus menerjah. Bagi kaum wanita ghairah seks mereka tidak muncul semudah lelaki.
Selalunya apabila diberitahu, isteri akan mulai berfikir cara memuaskan suami dan dia sendiri akan melakukan persiapan. Di situlah berahi isteri mulai naik. Tatkala suami pulang, isteri sudah dalam keadaan sedia untuk berhubungan seks dan selalunya mereka akan cepat mengalami kepuasan.
** wanita senang melakukan seks jika tidak diletakkan batas waktu. Jika ingin melakukan seks dengan isteri pada malam hari, maka masa yang paling sesuai adalah setelah makan malam, istirehat dan dalam keadaan santai. Dalam situasi ini wanita akan lebih mudah orgasma.

Labels:
♥ Suami Dan Isteri
Thursday, October 14, 2010
Kelas Coklat
Anda tinggal di Batu Pahat, Johor ?
Anda berminat untuk mempelajari cara-cara membuat coklat dirumah?
Anda tercari-cari tempat membuat coklat sendiri di tempat anda, Batu Pahat?
Jika anda berminat ...
Kini di Batu Pahat, kelas membuat coklat sudah bermula.
Anda akan di ajar dari mula hingga akhir cara-cara membuat coklat, dan anda akan merasa keseronokkannya apabila anda sendiri membuat coklat tersebut. Dan anda akan merasa gembira melihat hasil kerja anda yang comel, menarik dan pastinya enak.
Jangan lepaskan peluang ini !!!
Keterangan lanjut email saya di : dee.areeda@gmail.com
Tag : Kelas membuat coklat di batu pahat, johor.
Batu Pahat, Johor kelas membuat coklat
Belajar membuat coklat buatan tangan bertempat di Batu Pahat, Johor.
share on:facebook
Labels:
♥ Kelas Coklat
Monday, October 4, 2010
Belajar Cara Buat Coklat Dirumah
Ingin sangat nak buat coklat . Sebab suka tengok comel dan cantik. Akhirnya berjaya juga belajar dan buat sendiri coklat. Rasanya pun sedap , memang real coklat lah...
Cara-cara membuat coklat sendiri .
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat coklat dirumah.
Bagaimana mewarna coklat.
Cara-cara yang betul mewarna coklat.
Cara-cara mencairkan coklat.
Cara menghias coklat.
Cara membuat filling untuk coklat.
Resepi coklat buatan tangan
Homemade chocolate recipe
Penjagaan Mould
Anda cari resepi membuat coklat sendiri, resepi coklat buatan tangan ...
klik sini untuk resepi coklat buatan tangan, homemade chocolate recipe
share on:facebook
Labels:
♥ Bicara Santai,
♥ Kelas Coklat
Friday, October 1, 2010
Punca Isteri Berpaling
• KURANG PERHATIAN
Inilah alasan atau punca paling utama seorang wanita ataupun isteri mula melakukan hubungan sulit. Sering ditinggalkan suami atau kerap diabaikan membuat wanita mula rasa terpinggir. Selain itu sikap suami yang tidak perihatin atau peka tentenag isteri juga membuatkan wanita mudah merasa bosan.
• TERLALU BANYAK PERBEZAAN
Ramai yang mengatakan perbezaan antara dua insanlah yang membuatkan perhubungan lebih menyeronokkan. Namun sekiranya perbezaan itu terlalu banyak dan besar maka akan ada ruang untuk berlaku kecurangan.
• BERUBAH SIKAP DAN PENAMPILAN
Ada juga penyebabnya kerana perubahan sikap suami setelah berumahtangga. Jika dulu romantik dan penuh kasih sayang kini semuanya entah ke mana. Sikap yang didambakan setiap wanita sudah tiada lagi.
• PERHATIAN DARI LELAKI LAIN
Wanita akan merasakan getaran yang berbeza jika mendapat perhatian lelaki selain dari pasangan mereka. Tidak tahan godaan mereka mungkin akan terjebak dengan individu yang memerhatikan dirinya.
• BALAS RASA SAKIT HATI
Boleh juga isteri berlaku curang hanya kerana ingin membalas sakit hati akibat hubungan sulit yang dilakukan pasangannya. Sekalipun wanita lebih banyak menyimpannya dalam hati namun ada juga yang berani untuk 'menyamakan' langkah.
• TARIKAN MATERIAL
Semua wanita mahukan lelaki yang dapat memberikan kesenangan baik dari aspek kasih sayang dan juga materialnya. Tapi ada wanita yang memberi lebih tumpuan daripada segi material. Sekiranya bertemu dia tidak teragak-agak untuk berpaling dan meninggalkan pasangannya.

Alasan Suami Curang
o NAFSU SEKS
Suami berasa isterinya sudah tidak lagi memiliki ghairah yang sama seperti dulu. Pasangan dianggap sudah tidak mempunyai daya tarikan seks selain bosan dengan hubungan jangka panjang yang tiada pembaharuan.
o BALAS DENDAM
Kadang-kadang alasannya kerana si isteri yang melakukannya lebih dulu. Suami melakukan mencari kekasih lain kerana pasangannya telah berpaling pada lelaki lain selain dirinya.
o MEMANG KAKI PEREMPUAN
Ada lelaki yang tidak mampu melupakan nikmat memburu, mengejar dan menakluki wanita yang mungkin sudah biasa dilakukan ketika bujang dahulu.
o SUDAH TABIAT
Kalau sekali pernah melakukannya dan tidak diketahui pula oleh pasangan maka pasti ada ruang untuk melakukannya untuk kali kedua. Godaan untuk meneruskan hal yang sama ada datang berulang-ulang dan ramai lelaki tidak terdaya menahannya.
o KEEGOAN
Perasaan ini timbul bila mendapati bahawa ada wanita yang masih tertarik secara seksual dengan dirinya selain daripada pasangan yang sah. Rasa ego mula meninggi bila ada pula wanita yang mahu mendampingi dan melayaninya.
o DIGODA
"Takkan kucing menolak ikan didepan mata", pepatah ini memang kena terutama untuk lelaki yang mata keranjang. Tapi ada juga lelaki yang tidak berniat untuk mencari kekasih lain namun melakukannya kerana digoda oleh wanita. Tak tahan godaan akhirnya isteri diduakan.

Subscribe to:
Posts (Atom)